Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 17 Febuari 2015


Harga emas jatuh sedikit semalam selepas mencatat kenaikan tiga hari berikutan pengukuhan dolar AS.

Emas semerta jatuh 0.3 peratus kepada AS$1,228.01 seauns pada 0345 GMT. Ia menokok kira-kira satu peratus dalam tiga sesi dagangan sebelumnya.

Kejatuhan itu datangnya daripada hari dagangan terakhir sebelum China bercuti Tahun Baru Cina," kata Howie Lee, penganalisis di Philip Futures, sambil menambah jajaran harga dijangka antara AS$1,215 dan AS$1,240.

Pembeli China menyokong harga emas apabila logam itu dibeli kebanyakannya sebagai hadiah.

Premium pada Bursa Emas Shanghai kukuh pada AS$3-AS$4 satu auns, menandakan permintaan kukuh.

"Permintaan di China pastinya responsif kepada harga, tetapi minat berkurangan seleps Tahun Baru Cina, menjadikan emas lebih terdedah," kata penganalisis di Barclays dalam nota penyelidikan.

Jongkong emas juga mendapat sokongan daripada perkembangan di Eropah yang mencetuskan bidaan bagi pelaburan selamat.

Rundingan antara menteri kewangan Greece dan zon euro berhubung krisis hutang negara itu buntu Isnin apabila Athens tidak dapat menerima cadangannya agar diberikan tempoh lanjutan enam bulan ditolak.

Ini memberikan suasana malap berhubung masa depan Greece dalam zon euro selepas kerajaan baharu bertekad melupuskan jaminan bernilai 240 bilion euro (AS$272.4 bilion), menolak dasar jimat cermat dan mengakhiri kerjasama dengan wakil EU/IMF.

Pelabur menyaksikan pelaburan selamat dalam jongkong emas sewaktu berlakunya ketidaktentuan sekonomi dan apabila aset lebih berisiko seperti saham terjejas.

Bagaimanapun, semalam dolar yang mengukuh memberi kesan kepada jongkong emas kerana ia menjadikan logam yang diniagakan dalam dolar itu lebih mahal kepada pembeli dalam mata wang asing.

Nilai euro yang lebih lemah dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS tahun ini melonjakkan nilai dolar.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment