Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : Permata Corak Kaabah


Kota Bharu - "Ada yang menawarkan harga tinggi untuk membeli batu permata ini, tapi saya belum terfikir untuk menjualnya," kata peniaga batu permata Yatim Yaakub, 67, mengenai dua daripada 150 koleksi batu permata dalam simpanannya yang mempunyai corak menyerupai bentuk Kaabah.

Menurutnya, batu permata yang dikenali sebagai batu Arkid Yaman, dibeli seorang anak perempuannya di Riyadh, Arab Saudi lima tahun lalu, namun ketika itu coraknya tidak menonjol.

"Hanya pada 2013, saya sedar dua batu permata ini berbeza. Apabila diteliti dengan lebih dekat dan disuluh, lebih jelas coraknya membentuk Kaabah.

"Terkejut juga ketika itu dan saya tanyakan anak perempuan mengenainya. Memang tak pernah jumpa sebelum ini, sepanjang saya berniaga batu lebih 50 tahun," katanya yang datang berkunjung ke pejabat The New Straits Times (NSTP) Bhd di sini, semalam.

Yatim memberitahu, dia mahu menyimpan batu permata itu sebagai kenangan dan tidak berhasrat menjualnya meskipun ada pihak yang menawarkan harga tinggi.

Dia yang berasal dari Kampung Berangan Apam, Pasir Mas, berkata, sebelum ini banyak mendapat bekalan dari Kemboja dan kebanyakan corak batu permata hanya menyerupai bukit atau pokok kayu.

"Batu ini istimewa, ada nilainya," katanya yang turut menjual delima, nilam dan zamrud untuk dijadikan loket atau cincin.

Sumber : Harian Metro (19 Febuari 2015)
Tulisan : Rosliza Mohamed



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment