Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Febuari 2015


Emas susut ke paras terendah dalam enam minggu semalam, melanjutkan kejatuhan 1.8 peratus pada hari sebelumnya apabila harapan untuk penyelesaian berjaya bagi rundingan hutang Greece merangsang aset yang dilihat sebagai berisiko yang lebih tinggi, seperti saham.

Pasaran sedang menunggu arahan selanjutnya daripada minit mesyuarat dasar Persekutuan Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) Amerika Syarikat (AS), tetapi kelihatan terdedah kepada kerugian selanjutnya ekoran ketiadaan pembeli China sempena cuti Tahun Baru Lunar.

Spot emas turun 0.1 peratus kepada AS$1,207.21 seauns pada 1014 GMT, manakala niaga hadapan emas AS bagi penghantaran April turun AS$1.20 seauns kepada AS$1,207.40.

Harga spot mencatatkan paras terendah sejak awal Januari kelmarin pada AS$1,203.30.

"Greece kekal sebagai pelawak dan melihat ke semua pasaran dari saham sehingga bon dan euro, pasaran sangat yakin bahawa penyelesaian akan ditemui disebalik semua halangan semasa," kata ketua strategi komoditi Saxo Bank, Ole Hansen.

"Kegagalan akan menarik belian terhadap emas, tetapi buat masa ini peniaga enggan membabitkan diri. Perhatian utama hari ini seharusnya adalah minit mesyuarat FOMC, mengambil kira perbezaan antara di mana arah pasaran dan di mana FOMC merujuk arah kadar faedah akan bergerak."

Emas berada di bawah tekanan ekoran jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah seawal Jun tahun ini, berpotensi mengangkat nilai dolar dan meningkatkan kos memegang aset tidak memberikan hasil seperti emas.

Dolar meningkat 0.2 peratus berbanding euro semalam menjelang penyiaran minit mesyuarat berkenaan.

Saham Eropah naik 0.6 peratus apabila pelabur berharap Greece akan menyelesaikan rundingan hutang dengan pemiutangnya pada akhir minggu.

Kerajaan Greece mengesahkan ia meminta untuk melanjutkan perjanjian pinjaman dengan zon euro, yang ia anggap berbeza denganprogram menyelamat penuh.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment