Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN EMAS : Kutu Emas Maya


Kuala Lumpur - Seorang lelaki berusia 28 tahun dikesan menipu ratusan mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada golongan wanita dalam skim 'kutu emas'.

Ia dipercayai kaedah penipuan terbaru membabitkan emas selepas ribuan mangsa sebelum ini tertipu melalui skim pelaburan, pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan penjualan jongkong emas dengan harga murah.

Di bawah skim kutu itu, suspek menawarkan barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan dinar emas dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook (FB) kepada pelanggannya.

Aspek yang menjadi tarikan kepada mangsa ialah mereka boleh membuat bayaran ke atas barang kemas itu secara ansuran dengan kadar mengikut skim kutu emas yang disediakan.

Namun, selepas mengutip ratusan ribu ringgit daripada mangsa, suspek menghilangkan diri dan sepanjang minggu lalu sahaja lebih 25 laporan polis dibuat terhadapnya membabitkan mangsa dari seluruh negara.

Seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagi Fairus, 28, berkata, suspek turut membuka sebuah syarikat berasaskan emas di Jalan Genting Klang di sini, sebelum dia menghilangkan diri.

Menurutnya, dia mengenali suspek beberapa tahun lalu selepas berurusan membeli cincin pertunangan.

"Ketika itu, saya mendapat cincin yang dibeli membuatkan saya yakin dia seorang penjual emas yang jujur. Pelbagai tawaran skim pelaburan ditawarkannya (suspek) kepada saya.

"Antaranya, penjualan jongkong emas 999.9 dan dinar emas namun semuanya saya tidak berminat sehinggalah ditawarkan skim kutu emas," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fairus, mengikut skim kutu emas itu, setiap individu diminta memilih barang kemas yang ditawarkan dan dia memilih untuk membeli gelang emas seberat 10 gram bernilai RM1,300.

"Jadi, saya diminta membayar RM30 setiap bulan ke dalam akaun bank milik rakan suspek. Saya mula membuat pembayaran itu sejak November 2013 selama 10 bulan. Biarpun bayaran penuh sudah dibuat, sehingga kini saya masih belum memperolehi barang kemas berkenaan," katanya.

Fairus berkata, dia kemudian menghubungi pemilik akaun bank iaitu rakan kepada lelaki terbabit.

"Saya kemudiannya diberitahu barang kemas itu tidak mungkin diperoleh kerana lelaki terbabit adalah penipu.

"Ketika itu, baru saya tahu ditipu selain dimaklumkan sekurang-kurangnya 25 orang turut menjadi mangsa kelicikan lelaki terbabit dalam satu skim kutu emas itu," katanya.

Menyedari dirinya ditipu, Fairus tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini sebelum kes ini dirujuk ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramlan, 30-an berkata, dia kerugian lebih RM3,000 selain terpaksa bermasam muka dengan ahli keluarganya.

"Mana tidaknya, saya yang mencadangkan kepada ibu mertua, adik ipar dan beberapa saudara terdekat untuk menyertai skim kutu emas itu. Bila tempoh sepatutnya dapat barang kemas tiba, lelaki itu menghilangkan diri dan usaha menghubunginya juga gagal.

Ramlan berkata, dia dan ahli keluarganya kerugian hampir RM10,000 akibat diperdaya lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber memberitahu Harian Metro, pihak syarikat mahupun ejen yang menawarkan skim kutu emas kini sedang disiasat pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

"Modus operandi mereka (syarikat) mahupun individu terbabit adalah mudah, mereka memiliki satu barang kemas namun menawarkannya kepada puluhan ataupun ratusan orang ramai.

"Jadi, apabila tiba masanya (penyerahan barang kemas, dinar emas mahupun jongkong emas) dilakukan, mereka akan menghilangkan diri," katanya.

Sumber : Harian Metro (21 Febuari 2015)
Tulisan : Mohd Firdaus Ibrahim & Mohamad Azim Fitri Abd Aziz



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment