Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SINDIKET MACAU SCAM : Licik Ambik Kesempatan


Kuala Lumpur - Sistem telekomunikasi maju di negara ini menyebabkan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga China tertarik menjadikan Malaysia sebagai hab di Asia Tenggara.

Ini dibuktikan apabila pihak polis menerima 1,753 laporan penipuan sindiket 'Macau Scam' sehingga November lalu membabitkan kerugian lebih RM42 juta.

Sindiket ini yang menyamar sebagai pegawai bank, polis dan mahkamah dikesan berpindah ke Malaysia dan aktif menipu rakyat negara asal mereka.

Timbalan Pengarah Operasi dan Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, sindiket itu terlatih melakukan penipuan selain mampu menyamar dengan baik.

Malah menurutnya, sindiket itu mempunyai skrip khas ditulis dalam bahasa Mandarin yang digunakan ketika menghubungi mangsa.

Dia berkata, setiap jenis penipuan dilakukan mempunyai skrip tersendiri bagi mengelak mangsa mengesyaki penipuan dilakukan.

"Mereka akan menghubungi mangsa dan mendakwa mereka berdepan masalah hutang kad kredit, akaun bank digunakan individu lain serta terbabit dengan kegiatan jenayah.

"Mangsa yang terperdaya kemudian akur dan memasukkan wang ke dalam akaun bank diminta suspek sebelum menyedari ditipu," katanya mengulas kejayaanpihaknya menahan 57 ahli sindiket penipuan itu, Selasa lalu.

Dalam operasi itu, polis menyerbu tiga banglo mewah di Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang, di sini, yang dijadikan markas salah satu sindiket untuk menipu orang ramai membabitkan kerugian RM12 juta.

Abdul Jalil berkata, pihaknya bekerjasama dengan Polis China (wilayah Shaa'xi) bagi mendapatkan maklumat lengkap alamat protokol internet (IP) dengan bantuan syarikat telekomunikasi.

"Hasilnya 57 orang terdiri 32 warga Taiwan dan 25 warga China berusia 20 hingga 45 tahun berjaya ditahan.

"Siasatan mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial dan visa pelajar untuk masuk ke negara ini lebih daripada sekali sebelum melakukan penipuan itu," katanya.

Beliau berkata, peralatan elektronik yang digunakan mereka turut dirampas polis untuk siasatan.

"Saya memberi amaran tegas kepada sindiket tempatan yang cuba meniru kegiatan mereka tidak berbuat demikian kerana kita akan mencari dan menahan mereka.

"Orang ramai juga dinasihatkan tidak mempercayai jika dihubungi seorang yang menyamar pegawai bank dan meminta butiran peribadi kerana mengikut undang-undang, pegawai bank tidak mempunyai hak berbuat demikian," katanya.

Suspek yang ditahan kini direman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro (19 Disember 2014)
Tulisan : Muhaamad Hafis Nawawi


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment