Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Disember 2014


Emas menokok satu peratus untuk diniagakan di atas AS$1,200 seauns semalam selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengumumkan untuk mengambil pendekatan yang 'sabar' untuk menentukan masa menaikkan kadar faedah meskipun ekonomi AS sedang mengukuh.

Pengerusi Fed, Janet Yellen berkata bank pusat itu dijangka tidak akan menaikkan kadar faedah 'sekurang-kurangnya untuk dua mesyuarat yang akan datang', bermakna April tahun depan adalah tempoh paling awal.

Kenaikan kadar faedah AS akan melonjakkan daya tarikan aset tidak menanggung faedah seperti emas dan turut melonjakkan nilai dolar.

Dolar mengakhiri sesi urus niaga lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang lain semalam.

"Kenyataan fed tidak menggambarkan kenaikan kadar segera. Saya merasakan emas boleh menstabil antara AS$1,180 dan AS$1,200," kata Ketua Penyelidik Wing Fung Financial Group di Hong Kong, Mark To.

Spot emas meningkat satu peratus pada AS$1,200.56 seauns menjelang 0650 GMT, sedikit rendah berbanding AS$1,201.66.

Kelmarin, ia jatuh sehingga AS41,183.73 paras terendahnya sejak 1 Disember.

Emas AS bagi Febuari meningkat 0.5 peratus kepada AS$1,200.80 seauns. Logam berharga lain juga meningkat, dengan spot perak menokok hampir dua peratus.

To percaya Fed sedang dalam landasan untuk menaikkan kadar faedah pada pertengahan 2015, yang dikatakannya boleh meningkatkan emas daripada paras terendahnya sekitar AS$1.130 baru-baru ini.

Beberapa ahli ekonomi bank terbesar di Wall Street kekal yakin Fed akan menaikkan kadar faedahnya Jun tahun depan dan rata-rata menjangkakan perubahan dasar akan berlaku lebih daripada sekali pada 2015, demikian mengikut tinjauan suara Reuters selepas bank pusat AS itu merumuskan mesyuarat dasarnya kelmarin.

Seramai 13 daripada 19 perunding utama, atau bank yang berurus niaga terus dengan Fed menjangkakan kenaikkan pertama pada jun, termasuk satu daripadanya yang mengunjurkan seawal April.



 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment