Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN HARAM : Rugi RM500,000 Diperdaya Sindiket


Kuala Lumpur - Seorang gadis kebingungan apabila kerugian hampir RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan 300 peratus dalam tempoh dua minggu.

Mangsa yang dijanjikan bakal memperoleh keuntungan RM2 juta bagaimanapun 'berputih mata' apabila suspek seorang wanita dikenali sebagai Elissa, 30, menghilangkan diri.

Mangsa yang mahu dikenali sebagi Izah, 28, berkata, dia diperkenalkan kepada ejen pelaburan itu oleh seorang rakannya sekitar bulan Julai tahun ini.

Menurutnya, wanita itu mendakwa sebagai ejen pelaburan sebuah bank terkemuka yang memperkenalkan pelaburan baru dipanggil 'Dana Korporat'.

"Saya dan ramai mangsa lain mudah diperdaya berikutan suspek menyediakan dokumen lengkap perjanjian serta membawa mangsa membuat surat akaun bersumpah di Pesuruhjaya Sumpah.

"Perwatakan baik dan penampilan meyakinkan wanita itu membuatkan saya terpedaya untuk melabur kali pertama sebanyak RM150,000.

"Bagaimanapun selepas dua minggu, wanita terbabit memberitahu bahawa pembayaran keuntungan belum dapat dilunaskan atas alasan masalah teknikal.

"Dia memberitahu saya perlu menambah wang pelaburan untuk membuka akaun simpanan di bank berkenaan untuk memudahkan pembayaran keuntungan itu kelak," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia sekali lagi memberikan wang sebanyak RM100,000 kepada wanita terbabit sebelum melakukan beberapa lagi pembayaran sehingga mencecah hampir RM500,000.

"Dia menjanjikan saya akan mendapat pulangan sebanyak RM2 juta hasil daripada semua pelaburan yang saya berikan itu.

"Bagaimanapun wanita itu menghilangkan diri mendadak November lalu. Saya kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Cheras di sini, berhubung penipaun itu," katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment