Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

RATU GOLD : Jual Barang Kemas Online


Kuala Lumpur - Ayu Gold Global komited untuk membuka kedai emas fizikalnya dalam tempoh empat tahun lagi di bawah jenama Ratu Gold dan terus memberi tumpuan pada jualan emas melalui talian atau online.

Pengasasnya, Yusrini Yusuf berkata, menerusi jualan dalam talian pihaknya menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan setakat ini, Ratu Gold telah mencapai transaksi jualan mencecah RM500,000.

Beliau berkata, menjelang tahun depan, Ratu Gold menyasarkan untuk meningkatkan jumlah transaksi jualan sehingga RM1 juta terutama disumbang oleh peningkatan permintaan pelanggan baru dan sedia ada.

"Ratu Gold berada di pasaran sejak 2012 dan kami memperkenalkan konsep sistem ansuran dan bergilir untuk mereka yang berminat memiliki barang kemas yang ditawarkan.

"Paling penting, kami menjalankan urusan perniagaan secara telus tanpa berselindung mengenai harga dan upah yang dikenakan selain melakukan akad bagi transaksi yang dijalankan," katnya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, Ratu Gold juga bekerjasama dengan Gold Silver Resources Sdn Bhd untuk memastikan pelanggan di bawah Ratu Gold mencapai misi memiliki segram emas sebulan.

Yusrini berkata, pihaknya menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya setiap keluarga memiliki sekilo emas dan memastikan pelanggan Ratu Gold bukan sahaja mempunyai barang kemas tetapi juga pengetahuan serta ilmu mengenai emas.

"Menerusi sistem ansuran bergilir ini, pelanggan boleh mendapatkan emas dengan bayaran serendah RM50 sebulan dan memilih reka bentuk mengikut gram yang dipersetujui.

"Menjelang, 2015, Ratu Gold juga akan mengadakan seminar dan latihan kepada mereka yang berminat di seluruh negara. Kami akan membuat siri jelajah ke setiap negeri bermula Januari tahun depan. Untuk maklumat lanjut boleh melayari Facebook Yusrini Yusuf," katanya.

Sumber : Harian Metro (19 Disember 2014)
Tulisan : Sri Ayu Kartika Amri


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment