Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 17 Disember 2014


Harga emas kekal di bawah AS$1,200 seauns semalam, menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS tahun ini yang memberi petunjuk akan menaikkan kadar faedah tidak lama lagi.

Pelabur juga mengawasi mata wang Russia, rubel selepas menjunam lebih daripada 11 peratus berbanding dolar pada Selasa walaupun diberikan kenaikan faedah besar oleh Bank Pusat negara itu.

Spot emas naik 0.2 peratus kepada AS$1,198.66 seauns pada 0707 GMT selepas sesi turun naik pada Selasa untuk menghampiri lebih AS$1,221 bagi minggu ini serendah AS$1,188.41, sebelum ia berakhir lebih kukuh.

Pelabur memerhati sama ada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan akan mengeluarkan kenyataan 'menguntungkan' pada 1900 GMT sejajar dengan kenaikan kadar faedah.

Penganalisis di OCBC Bank, Gan Barnabas, berkata beliau menjangkakan Fed meramalkan peningkatan pertumbuhan dan data positif pada tahun depan.

Gan berkata, Fed mungkin mengambil sedikit masa untuk mengelak ketidaktentuan pasaran dan pelabur masih berusaha melihat kadar faedah lebih tinggi pada 2015 ditengah-tengah keadaan ekonomi global yang semakin memberangsangkan disokong pemulihan AS.

Harga emas AS bagi penghantaran Febuari menokok 0.4 peratus kepada AS41,199.10 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif rendah pada tengah hari semalam berikutan permintaan lemah, kata seorang peniaga.

Empat bulan kontrak diniagakan pada rehat tengah hari dengan Disember 2014 turun tujuh mata kepada RM134.45 segram, manakala Januari 2015 susut empat mata kepada RM134.85 segram dan Mac 2015 berkurang satu mata kepada RM135.70 segram.

April 2015 meningkat enam mata kepada RM135.80 segram dan Febuari 2015 diniagakan pada RM135.35 segram.



 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment