Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 16 Disember 2014


Harga emas meningkat sedikit semalam, disokong oleh kelemahan dolar AS.

Selain harga minyak mentah, pelabur juga memberi tumpuan kepada mesyuarat dua hari dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang bermula semalam bagi mendapatkan petunjuk mengenai tempoh masa kadar faedah AS akan dinaikkan.

Ekonomi AS semakin kukuh dan pekerjaan sudah meningkat pada kadar yang pantas sejak mesyuarat Fed pada Oktober lalu.

Kontrak bulan semasa emas naik 0.4 peratus kepada AS$1,197.20 seauns pada 0642 GMT kerana dolar AS merosot berbanding mata wang lain, sekali gus menjadikan logam berharga itu lebih rendah kepada pemegang mata wang lain.

Harga emas jatuh 2.5 peratus kelmarin, kejatuhan teruknya sejak 2 Disember 2013.

Kontrak emas AS bagi penghantaran Febuari jatuh 0.8 peratus kepada AS$1,198 seauns.

Harga perak AS juga jatuh lebih dua peratus.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan aliran menurunnya untuk dua hari berturut-turut.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata arah aliran menurun itu berikutan pengukuhan dolar AS dan kebimbangan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedahnya lebih awal daripada jangkaannya.

"Pelabur kini menunggu sama ada mesyuarat Fed AS yang terakhir bagi tahun ini menunjukkan nada lebih agresif.

"Kami jangka emas akan meneruskan aliran menurunnya berikutan pemulihan ekonomi AS dan pengukuhan  dolar AS," katanya.

Pada penutup, kontrak Disember 2014, Januari 2015, Febuari 2015 dan Mac 2015 masing-masing jatuh 43 mata kepada RM134.80, RM135.05, RM135.35 dan RM135.75 segram.

Kepentingan terbuka jatuh kepada 1,819 kontrak berbanding 1,843 kontrak kelmarin sementara jumlah dagangan meningkat kepada 127 lot bernilai RM1.72 juta berbanding 103 lot bernilai RM1.41 juta kelmarin.

Pada jam 5 petang semalam, harga fizikal emas jatuh RM2.04 kepada RM130.08 segram berbanding RM132.12 segram kelmarin.



 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment