Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 14 Disember 2014


Harga penanda aras minyak mentah mungkin meneruskan aliran menurun minggu depan dan kedudukan ini dijangka terus memberi tekanan ke atas ringgit yang kemungkinan akan menguji paras 3.50 minggu depan, kata pedagang mata wang.

"Permintaan dolar dalam negara pada akhir tahun dan data ekonomi AS yang semakin meningkat akan mengukuhkan lagi dolar AS, manakala rasa cemas akibat penurunan harga minyak mentah akan terus memberi tekanan ke atas mata wang negara pengeluar minyak. Ia mungkin mencatat satu lagi penurunan minggu depan.

"Pada malam Jumaat, minyak mentah West Texas Intermediate terus merosot kurang daripada AS$60 apabila Agensi Tenaga Antarabangsa mengurangkan unjuran permintaan untuk 2015 manakala minyak mentah Brent meneruskan aliran menurunnya kepada kurang daripada AS$63 setong," katanya.

Seorang lagi perdagangan mata wang berkata, ringgit mungkin menguji paras lebih rendah pada 3.50 minggu ini.

"Kadar $AS/MYR dibuka melepasi 3.49 pada akhir minggu apabila minyak mentah turun di bawah AS$60 buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

"Spekulator akan mengambil peluang ini untuk terus menekan ringgit jika harga minyak mentah terus merosot," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit yang lemah berbanding dolar AS kepada 3.4940/4960 berbanding 3.4695/4725 pada Jumaat. Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.6664/6691 daripada 2.6348/6391 pada Jumaat, rendah berbanding yen kepada 2.9483/9502 daripada 2.8848/8882 minggu berikutnya dan lemah berbanding pound British kepada 5.4866/4919 daripada 5.4325/4376 Jumaat terdahulu.

Ia juga rendah berbanding euro kepada 4.3424/3459 daripada 4.2921/2969 sebelumnya.



 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment