Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Disember 2014


Harga emas jatuh semalam berikutan peningkatan nilai dolar selepas pengumuman data ekonomi AS tetapi logam itu berada di landasan baik untuk mencatatkan kenaikan mingguan tertinggi sejak Jun susulan kenaikan pada awal minggu.

Emas semerta susut 0.2 peratus kepada AS$1,224.90 seauns pada 0337 GMT.

Logam itu naik 2.8 peratus minggu ini, sungguhpun ia gagal untuk terus meningkat apabila ia berjaya mencatat kenaikan tujuh minggu pada Rabu.

"Pergerakan purata harga 100 hari berada pada AS$1,234 menyediakan paras halangan kukuh. Paras itu diuji tga kali dan pada setiap kali cubaan ia dihadkan oleh pasaran."

"Sekiranya ia dapat melepasi paras itu, paras halangan berikutnya ialah pada purata harga 200 hari, iaitu sekitar AS$1,267," kata Jason Cerisola, pengedar logam di MKS Group.

Kelemahan jongkong emas semalam disebabkan peningkatan nilai dolar berbanding mata wang utama dunia lain, disumbang sebahagiannya oleh data jualan runcit AS yang menyediakan bukti baru peningkatan momentum dalam ekonomi negara itu.

Kekukuhan ekonomi dan dolar mengurangkan daya tarikan emas yang dilihat sebagai pelindung nilai.

Pengukuhan pasaran saham juga mengurangkan daya tarikan emas.

Pergerakan dalam pasaran peniaga turut dipantau pelabur jongkong emas berikutan harga minyak yang semakin lemah dalam mengehadkan permintaan terhadap emas.

Minyak mentah AS jatuh lebih AS$59 satu tong pada jualan awal di Asia semalam, meneruskan kejatuhan disebabkan kebimbangan berterusan berhubung lebihan bekalan dan tinjauan permintaan yang bearis.

Pada awal minggu, harga emas menokok disebabkan kejatuhan pasaran saham dan dolar, selain faktor ketidaktentuan politik di Greece dan faktor pengambilan untung.

Logam itu menokok ke paras tertinggi tujuh minggu pada AS$1,238.20. Sentimen yang semakin baik terlihat pada pegangan emas SPDR Gold Trust degang pegangannya meningkat 0.13 peratus kepada 725.75 tan Khamis, aliran masuk selama tiga hari berturut-turut.



 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment