Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Haji Ain Bawa Lari RM2 Juta



Shah Alam : Seorang lelaki kini sedang diburu selepas dipercayai memperdaya lebih 20 individu termasuk orang kenamaan dari negeri ini untuk melabur dalam syarikat jualan langsung miliknya membabitkan kerugian lebih RM2 juta sejak dua tahun lalu.

Lelaki berusia 40-an yang dikenali sebagai 'Haji Ain' itu biasanya sering mencari mangsa di sekitar masjid di daerah ini terutama warga emas atau mereka yang baru bersara dengan menunjukkan kertas kerja dan kebijaksanannya berbicara mengenai perniagaan jualan langsung yang dijalankan.

Malah, lelaki itu juga kini tinggal di kawasan kejiranan mewah dan sukar dimasuki orang yang tidak berkenaan kerana ia dikawal ketat.

Seorang daripada mangsanya, Shima Hussein, 53, berkata, lelaki yang menggunakan kenderaan mewah itu juga kini jarang pulang ke rumahnya selain tidak lagi menjalankan perniagaan di negeri ini kerana menyedari menjadi buruan pelabur.

Menurutnya, dia berasa tertipu selepas dua tahun terbabit dengan perniagaan jualan langsung (MLM) bersama lelaki berkenaan sebelum dipujuk melabur dalam syarikat MLM baru yang ditubuhkan lelaki itu. “

Saya dijanjikan pulangan lumayan jika menyertai syarikat MLM baru yang ditubuhkan lelaki itu pada September 2012. Syarikat MLM itu menjual pelbagai produk termasuk kosmetik," katanya.

Katanya, sebulan selepas penubuhan syarikat baru itu, lelaki terbabit bersama seorang pengurus jualan ada berjumpa dengannya bagi mengajaknya melabur.

Shima berkata, lelaki itu meminta RM50,000 sebagai modal pelaburan tetapi memandangkan duit simpanan ASB (Amanah Saham Bumiputera) hanya ada RM40,000, dia mengeluarkan semua wang itu dan diberikan kepada lelaki itu.

"Lelaki itu berjanji akan memulangkan semula wang pelaburan itu dalam tempoh tiga bulan selain wang keuntungan," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Beliau berkata, selepas dua bulan, dia ada menghubungi lelaki terbabit dan memaklumkan mahu menggunakan wang tetapi diberitahu produk syarikat masih belum dapat dijual menyebabkan tiada wang boleh dipulangkan.

"Namun apa yang mengejutkan saya apabila pengurus jualan syarikat lelaki itu memberitahu semua produk sudah habis dijual dan duit jualan juga sudah diserahkan kepada lelaki terbabit.

"Apabila mendesak akhirnya lelaki itu memaklumkan sudah menggunakan duit itu sebagai modal pusingan dan meminta tempoh sehingga pertengahan Januari lalu untuk memulangkan wang saya namun sehingga kini tiada wang yang dikembalikan," katanya.

Tulisan : Nur Saliawati Salleh


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment