Berita Emas - 31 Oktober 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2014,
Berita Emas Oktober,
Bursa Malaysia Derivatif
01
Nov
Harga emas menghampiri AS$1,200 seauns pada Jumaat dan kemungkinan menunjukkan kejatuhan paling buruk minggu ini.
Perak juga menghampiri paras terendah dalam tempoh empat setengah tahun berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kebimbangan kemungkinan kenaikan kadar faedah yang menjejaskan daya tarikan logam itu.
Emas terus menunjukkan penurunan pada bulan kedua dan perak turut menunjukkan kejatuhan sama bagi bulanan keempat berturut-turut.
Spot emas sedikit berubah pada AS$1,200.12 seauns pada 0038 GMT.
Logam itu jatuh satu peratus pada Khamis, apabila ia mendekati paras terendah pada AS$1,195.70 sejak 6 Oktober lalu.
Perak pula stabil selepas menghampiri kejatuhan empat peratus pada sesi sebelumnya, apabila ia jatuh pada AS$16.30 iaitu terendah sejak awal 2010.
Data pada Khamis menunjukkan defisit perdagangan lebih kecil dan peningkatan bagi perbelanjaan pertahanan disokong oleh pertumbuhan ekonomi AS pada suku ketiga.
Emas jatuh sekitar satu peratus pada Oktober, penurunan bulan kedua berturut-turut, manakala perak hampir kehilangan tiga peratus.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif rendah pada tengah semalam disebabkan tiada minat pembelian.
Lima bulan kontrak diniagakan pada rehat tengah hari.
Oktober 2014 susut 22 mata kepada RM126.25 segram, November 2014 jatuh 21 mata kepada RM126.70 segram, Disember 2014 turun 18 mata kepada RM127.05 segram, Febuari 2015 merosot 12 mata kepada RM127.90 segram dan Ogos 2015 susut enam mata kepada RM129.80 segram.
Jumlah dagangan sebanyak 95 lot dengan kepentingan terbuka 2,719 kontrak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment