Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Oktober 2014


Harga emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga minggu semalam selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengakhiri program pembelian bon dan menzahirkan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi, sekali gus mengurangkan daya tarikan logam berharga itu.

Pengukuhan nilai dolar, yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga setengah minggu berbanding sekumpulan mata wang utama lain selepas kenyataan Fed itu turut menjejaskan harga emas.

Dengan mengakhiri pembelian bon bulanannya, Fed memberikan perhatian ke atas perkembangan pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS) sebagai bukti keyakinannya terhadap prospek ekonomi.

Dalam kenyataannya selepas mesyuarat selama dua hari, bank pusat itu secara umumnya menyatakan ketidaktentuan pasaran kewangan, kelembapan di Eropah dan tinjauan inflasi lemah sebagai antara faktor yang mungkin menjejaskan kemajuan yang ditunjukkan dalam sasaran inflasi serta penganggurannya.

"Pengumuman itu memberikan kesan kepada kami kerana ia melebihi daripada apa yang dijangkakan oleh pasaran," kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

Emas yang selalu dilihat sebagai pelaburan alternatif sebagai krisis ekonomi dan kewangan, mengalami penurunan berikutan kebimbangan terhadap undian keyakinan dengan pemulihan boleh menyebabkan Fed nenaikkan kadar faedahnya tidak lama lagi.

"Kami berasakan faktor seterusnya akan berlaku apabila angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku ketiga akan dikeluarkan.

"Jika angkanya lebih tinggi daripada tiga peratus, sebagai mana yang dijangkakan, kami tidak menolak berlakunya satu lapi pusingan penjualan besar-besaran emas yang akan menyaksikan harganya mengulangi paras terendah lama pada AS$1,180," kata Meir.

Spot emas jatuh kepada AS$1,205.35 seauns semalam, paras terendahnya sejak 8 Oktober lalu, sebelum kembali pulih sedikit untuk diniagakan turun 0.4 peratus pada AS$1,206.88 menjelang 0631 GMT.

Logam itu, yang mencecah paras terendah AS$1,183.46 awal bulan ini, jatuh 1.3 peratus pada Rabu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment