Berita Emas - 26 Oktober 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2014,
Berita Emas Oktober,
Lim Eng Wee,
Phillip Futures Sdn Bhd
27
Oct
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lemah minggu ini susulan permintaan yang lambap.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee memberitahu BERNAMA harga emas dijangka kekal menerima tekanan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, jawatankuasa dalam Sistem Rizab Persekutuan, yang dijadualkan pada 28 dan 29 Oktober ini.
Harga emas jatuh sekitar satu peratus pada Khamis lalu susulan data ekonomi lebih baik berbanding jangkaan dan keputusan korporat yang teguh merangsang pasaran ekuiti, manakala indeks dolar bertahan menghampiri paras tertinggi seminggu dan permintaan untuk logam fizikal berkurang.
"Kami menjangka harga kekal menerima tekanan minggu depan menjelang mesyuarat dan ekuiti global diramal melantun serta data ekonomi lebih baik," katanya.
Asas Jumaat ke Jumaat, Oktober 2014 dan Januari 2015 masing-masing jatuh lapan mata kepada RM129.90 segram dan RM130.65 segram manakala November 2014 susut enam mata kepada RM130.45 segram.
Jumlah dagangan susut kepada 456 lot bernilai RM5.96 juta daripada 596 lot bernilai RM7.775 juta diurus niaga minggu lalu.
Kepentingan terbuka meningkat kepada 2,699 kontrak daripada 2,657 kontrak sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment