Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 Oktober 2014


Harga emas meningkat semalam dengan kejatuhan saham Eropah, namun dalam landasan untuk menamatkan kenaikan selama dua minggu susulan pengukuhan nilai dolar dan data ekonomi yang menjejaskan permintaan bagi logam itu sebagai insurans terhadap risiko.

Spot emas meningkat 0.1 peratus pada AS$1,232.10 seauns menjelang 0956 GMT, selepas jatuh lebih satu peratus pada dua sesi terdahulu.

Kontrak hadapan emas Amerika Syarikat (AS) meningkat 0.3 peratus pada AS$1,232.50 seauns.

Emas menuju kepada penurunan mingguan sebanyak 0.5 peratus, ditekan oleh kenaikan nilai dolar.

"Prestasi data AS yang lebih baik meredakan kebimbangan terhadap ekonomi dan memberikan tekanan kepada emas sejak beberapa hari lalu, selepas ia menikmati bidaan selamat sejak beberapa minggu lalu.

"Ini mungkin berterusan minggu depan kerana kami tidak merasakan berlaku sebarang perubahan ketara dari segi hala tuju Rizab Persekutuan, yang bermakna pelonggaran kuantitatif (QE) akan berakhir juga," kata penganalisis Macquarie, Matthew Turner.

Dolar berada mendatar berbanding sekumpulan mata wang utama, namun dalam landasan mencatatkan kenaikan mingguan hampir satu peratus selepas mencatatkan penurunan selama dua minggu.

Data ekonomi global yang kukuh pada Khamis meredakan kebimbangan pelabur selepas jualan besar-besaran baru-baru ini menyebabkan ramai yang menarik keluar aset dianggap selamat, seperti emas.

Fokus pasaran utama seterusnya ialah mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) pada selasa dan Rabu depan.

Pandangan umum ialah bank pusat AS itu akan membuat keputusan mengakhiri pembelian aset di bawah pusingan ketiga QE.

Petunjuk sedang menunggu tempoh masa kenaikan kadar faedah pertamanya.

Ramai menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedahnya pertengahan tahun depan, nemun kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi global meningkatkan spekulasi berhubung kemungkinan mengangguhkan keputusan itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment