Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Oktober 2014


Harga emas diniagakan melepasi AS$1,240 seauns semalam susulan pasaran saham Asia yang semakin lemah, tetapi kebimbangan berhubung nilai tinggi dolar AS yang berlegar menghampiri paras tertinggi satu minggu dan aliran keluar daripada dana jongkong emas berterusan.

Saham Asia merudum selepas kejatuhan di Wall Street dan kejatuhan harga minyak mentah menyemarakkan semula kebimbangan pelabur berhubung pertumbuhan ekonomi global yang semakin lembap.

Manakala sektor perkilangan China pula memberikan gambaran bercampur-campur.

Dolar diniagakan menghampiri paras tertinggi satu minggu berbanding beberapa mata wang utama, disokong data inflasi AS yang lebih baik daripada jangkaan.

"Masih terdapat kebimbangan berhubung kelembapan ekonomi global tetapi rali harga emas baru-baru ini kelihatan kehilangan momentum berikutan dolar semakin kukuh," kata peniaga di Hong Kong.

"Orang ramai menanti lebih banyak data dari AS minggu ini untuk menilai prestasi dolar."

Dolar yang semakin kukuh menjadikan emas semakin mahal bagi pembeli menggunakan mata wang lain.

Emas semerta naik 0.2 peratus kepada AS$1,243.40 seauns pada 0636 GMT, selepas susut 0.7 peratus pada sesi dagangan sebelumnya.

Penyusutan Rabu lalu mengagaglkan emas daripada berlegar pada aras tertinggi enam minggu pada AS$1,255.20 yang dicapai disebabkan kebimbangan kelembapan ekonomi di China, Eropah dan AS.

Sebarang kelembapan menyebabkan pelabur membeli emas sebagai pelaburan lebih selamat.

Tetapi kejatuhan pegangan emas SPDR Gold Trust mencetuskan kebimbangan.

Pegangan jatuh 0.3 peratus Rabu lalu kepada 749.87 tan, paras terendah sejak akhir 2008.

Bagaimanapun, emas menerima sedikit sokongan daripada pasaran fizikal di Asia.

Permintaan di India meningkat disebabkan sambutan Deepavali, yang disifatkan sebagai waktu terbaik untuk membeli emas.

China turut menyaksikan minat belian kukuh, dengan pegangan premium menghampiri AS$2 seauns berbanding penanda aras global.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment