Berita Emas - 16 Oktober 2014
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita Harian 2014,
Bursa Malaysia Derivatif,
Robin Bhar,
Societe Generale
17
Oct
Emas kekal kukuh semalam untuk menghampiri paras tertinggi bagi tempoh lebih sebulan, berikutan dolar dan saham Eropah lemah disebabkan kebimbangan terhadap pengukuhan ekonomi global sehingga membawa pelabur memilih aset selamat.
Spot emas tidak berubah pada AS$1,241.40 satu auns pada 0928 GMT.
Logam itu meningkat paras tertinggi pada AS$1,249.30, sejak 11 September, dalam sesi sebelumnya.
Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) juga mencecah paras sebulan pada Rabu untuk diniagakan AS$3.60 seauns pada AS$1,241.30.
Dolar jatuh 0.2 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama, manakala saham Eropah meneruskan sesi jualan besar-besaran pada sesi sebelum ini, apabila ia susut 3.2 peratus untuk mencatatkan penurunan seharian terbesar dalam tempoh hampir empat tahun.
"Dengan semua kebimbangan pertumbuhan global itu, anda perlu mempertaruhkan emas sendiri dan mungkin percubaan pada AS$1,250 bergantung kepada saham AS, petang ini.
"Jelas sekali kita perlu melihat paras rendah dalam pasaran saham hari ini (semalam) bagi mengembalikan keyakinan untuk membantu kenaikan emas", kata penganalisis Societe Generale, Robin Bhar.
Meningkat risiko yang berpunca daripada rali besar-besaran dalam bon Perbendaharaan AS, menekan penanda aras hasil nota 10 tahun itu serendah 1.865 peratus pada Rabu, iaitu terendah sejak Mei 2013.
Pulangan daripada bon AS diawasi ketat oleh pasaran emas, memandangkan logal itu tidak dikenakan faedah.
Pelabur dilanda kebimbangan penurunan jualan runcit di AS pada September, manakala harga pengeuar jatuh pertama kali dalam tempoh lebih setahun.
Data AS yang lembap ditambah kebimbangan yang disuarakan pembuat dasar Rizab Persekutuan mengenai prospek ekonomi lebih meluas sehingga menunda kenaikan dalam kadar faedah.
Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif tinggi pada tengah hari semalam dengan tiga bulan kontrak didagangkan.
Oktober 2014 dan November 2014 masing-masing menokok 33 mata kepada RM130.90 dan RM131.25 satu gram, sementara Disember 2014 meningkat 29 mata kepada RM131.25 satu gram.
Jumlah dagangan sebanyak 104 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 2,729 kontrak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment