Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 Oktober 2014


Harga emas jatuh semalam, menghentikan kenaikan empat harinya apabila dolar naik berbanding mata wang lain walaupun logam itu terus mendapat sokongan dari kebimbangan prospek kelembapan ekonomi yang semakin menular sehingga mencetuskan penurunan pasaran saham.

Kanaikan pada mata wang AS dipacu harga komoditi yang lebih rendah hampir semua peringkat, dengan dagangan minyak mentah hadapan menurun lebih satu peratus memacu ke paras empat tahun terendah.

Harga emas turun 0.2 peratus pada AS$1,221.36 seauns pada 0918 GMT, manakala dagangan hadapan AS bagi penghantaran Disember jatuh AS$3.30 seauns kepada AS$1,222.

"Emas menjejaki setiap inci pergerakan dolar, sebarang kenaikan pada mata wang itu akan menyebabkan penurunan pada emas," kata Ketua Perdagangan MKS, Afshin Nabavi.

Emas mencecah 15 bulan terendah pada Isnin selepas data pekerjaan yang kukuh dicetuskan petunjuk dalam rundingan AS berkemungkinan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Sejak itu ia melantun semula, bagaimanapun, kekal dalam laluan untuk mencatatkan kenaikan mingguan terbesarnya bagi tempoh empat bulan.

"Pembeli India juga agak aktif, kita kini tidak jauh daripada perayaan Deepavali. Namun, pada bahagian besar yang lain masih tiada petunjuk menjadikan harganya dan pemulihan semakin murah," kata Nabavi.

Pemulihan emas meraih momentum selepas mesyuarat Rizab Persekutuan pada September seperti yang diumumkan pada Rabu lalu, menunjukkan pegawai bergelut untuk menyelesaikan masalah dengan dua risiko iaitu pengukuhan dolar dan kelembapan global.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment