Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Oktober 2014


Harga emas menokok ke paras tertinggi dua minggu semalam berikutan kejatuhan nilai dolar selepas minit mesyuarat Rizab Persekutuan mencadangkan kenaikan kadar faedah berkemungkinan tidak akan dipercepatkan perlaksanaannya.

Emas semerta menokok ke paras tertinggi sejak 26 September pada AS$1,229.80 seauns awal semalam dan diniagakan 0.5 peratus lebih tinggi pada AS$1,227.40 pada 0956 GMT.

Ia melantun hampir empat peratus daripada paras rendah 15 bulan AS$1,183.46 yang dicatat pada Isnin, menerima tekanan daripada data pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan.

Dagangan hadapan  emas AS menokok dua peratus ke paras tertinggi dua minggu pada AS$1,230.30 seauns.

"Keadaan jelas sekarang dan kita tahu kenaikan kadar faedah lebih awal tidak akan berlaku sebagaimana dijangkakan sebelum ini".

"Ramai menjangka pasaran akan jatuh. Mereka yang membuat kedudukan pendek terperangkap dan akan terus membeli dalam jangka pendek," kata Naib Presiden Kanan MKS SA.

Dolar AS susut 0.3 peratus berbanding beberapa mata wang utama dunia, kejatuhan paras terendah dalam dua minggu.

Minit mesyuarat Rizab Persekutuan diadakan pada 16-17 September yang dikeluarkan Rabu menunjukkan pegawai Rizab Persekutuan mahu mengikat kenaikan kadar faedah kepada kemajuan ekonomi AS.

Bagaimanapun, mereka meluahkan kebimbangan berhubung dwiancaman kenaikan dolar dan kelembapan ekonomi di Eropah dan Asia.

Ia mendorong pelabur bertaruh bahawa Rizab persekutuan tidak terburu-buru untuk mengetatkan selepas beberapa tahun menerima rangsangan monetari.

Dolar mencatatkan kenaikan mingguan untuk 12 minggu berturut-turut disebabkan data ekonomi AS yang positif.

Sehubungan itu, pelabur keluar daripada membeli aset tidak bersandarkan faedah bagi mendapatkan keuntungan lebih besar.

Platinum naik 0.3 peratus kepada AS$1,276.75 seauns, selepas jatuh ke paras AS$1,183.25 pada Isnin, manakala palladium menokok 0.5 peratus kepada AS$803.25 seauns.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment