Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 03 Oktober 2014


Emas bersedia untuk mencatatkan kerugian menggu kelima semalam, dipengaruhi penggunaan dolar Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa minggu kebelakangan ini, manakala platinum jatuh ke paras terendah lima tahun.

Perhatian tertumpu kepada data pembayaran gaji bukan perladangan AS bagi mendapatkan petunjuk tambahan berhubung kekukuhan ekonomi AS dan kesan ke atas dasar monetari dan kepada dolar.

Pasaran percaya data ekonomi AS yang kukuh akan mendorong Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Ia akan memberi kesan negatif kepada emas dan aset tidak bersandarkan faedah lain.

Kadar faedah lebih tinggi akan merangsang kenaikan nilai dolar, yang akan menekan emas didominasi dolar kerana ia akan menjadikan harga jongkong emas lebih mahal untuk dipegang dalam mata wang lain.

"Kumpulan logam platinum (PGM) terus tertakluk kepada kecairan pelabur, yang akan mengimbangi minat fizikal," kata penganalisis HSBC, James Steel.

"Pencari keuntungan akan muncul sekiranya jurang kontrak platinum-emas meluas."

Jurang perbezaan ini sekitar AS$30 seauns pada Jumaat, lebih rendah daripada AS$130 yang dilihat pada awal September.

"Momentum teknikal (bagi platinum dan palladium) lebih rendah dan kami percaya pada hujah asas. Sungguhpun kukuh untuk jangka panjang, ia tidak bermakna akan membawa masuk pembeli ke pasaran dengan segera," kata Steel.

Platinum, yang mencatat kejatuhan harga terbesar di kalangan logam berharga, susut hampir dua peratus kepada AS$1,237.40 seauns, paras terendah sejak September 2009, sebelum pulih sederhana untuk diniagakan pada AS$1,243.48 pada 0632 GMT.

Palladium juga jatuh
Perak, platinum dan palladium kelihatan akan mencatat kejatuhan minggu kelima berturut-turut.

Sementara itu, emas semerta jatuh 0.2 peratus kepada AS41,211.30.

Logam itu jatuh 0.5 peratus minggu ini disebabkan kombinasi pengukuhan data AS dan nilai dolar.

dengan pembeli utama China bercuti hujung minggu panjang, emas tidak mendapat sokongan daripada pasaran fizikal.

Bantahan prodemokrasi di Hong Kong memberi sedikit sokongan kepada emas minggu ini, membantunya pulih daripada paras rendah sembilan bulan, tetapi tidak cukup kukuh untuk menyongsang kejatuhan daripada pengukuhan nilai dolar.

SPDR Gold Trust berkata, pegangannya susut 1.19 tan pada Khamis kepada 767.47 tan, paras terendah sejak Disember 2008.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment