Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 September 2014


Harga emas tidak berubah semalam kerana kesan daripada pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) diimbangi oleh pergolakan di Hong Kong menjejaskan syarikat di bandar raya itu serta mendorong sedikit permintaan kepada logam berharga itu.

Kontrak bulan semasa emas berada pada paras AS$1,219.50 seauns pada 1017 GMT, sementara kontrak pasaran hadapan emas AS meningkat AS$4.40 kepada AS$1,219.80 seauns.

Harga logam berharga itu jatuh ke paras terendah dalam tempoh sembilan bulan kepada AS$1,206.85 pada Khamis sebelum pulih semula.

"Anda boleh katakan faktor yang menyumbang kepada pergerakan pada September adalah dolar,".

"Isu makro yang mendorong ketika ini dan menjadi tumpuan adalah jangkaan perningkatan kadar faedah di AS tahun hadapan yang membantu melonjakkan dolar AS," kata penganalisis Citi, David Wilson.

Dolar AS mencecah paras tertinggi dalam empat tahun berbanding sekumpulan mata wang utama lain semalam menjelang pengumuman beberapa perangkaan ekonomi penting.

Kesan terbesar terhadap harga emas masih kekal perangkaan ekonomi, peserta pasaran menunggu pengumuman perangkaan ekonomi AS bagi mengukur pengukuhan ekonomi negara itu dan kesannya terhadap dasar Rizab Persekutuan AS.

Perangkaan ekonomi yang kukuh akan mendorong bank pusat AS untuk menaikkan kadar faedahnya lebih pantas dan awal daripada dijangkakan, yang akan mendorong pengukuhan dolar AS dan menjejaskan permintaan emas.

Tekanan terhadap harga emas berikutan pengukuhan dolar AS diimbangi oleh kejatuhan pasaran saham Hong Kong berikutan tunjuk perasan oleh golongan prodemokrasi.

Saham Hong Kong jatuh lebih dua peratus sementara saham Asia jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat bulan pada awal dagangan.

Emas secara tradisinya menjadikan pelaburan alternatif ketika keadaan politik tidak stabil.

Dalam kalangan logam berharga lain, perak jatuh 0.5 peratus kepada AS$17.55 seauns, platinum naik 0.1 peratus kepada AS$1,297.75 seauns dan palladium meningkat 1.2 peratus kepada AS$779.00 seauns.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment