Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN JONGKONG EMAS : 12 Dipanggil Kes Tipu Emas



Georgetown - Polis Pulau Pinang sudah memanggil seramai 12 individu bagi dirakam percakapan dan merampas lebih 100 keping cek untuk membantu Siasatan kes penipuan penjualan jongkong emas bernilai kira-kira RM4 juta yang didakwa dilakukan seorang bekas Ketua Pemuda cawangan sebuah parti politik. 

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya sudah menerima 18 laporan berhubung kes itu yang kini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“Hasil keterangan diberikan individu berkenaan dan rampasan cek dilakukan sebelum ini Siasatan berhubung kes penipuan itu kini sudah 70 peratus lengkap.

"Kami kini sedang meneruskan siasatan termasuk mengambil keterangan daripada beberapa lagi mangsa terbabit, apabila sudah lengkap ia akan diserahkan kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

 “Laporan berhubung perkara ini diterima Jun lalu, namun kami tetap memberi keutamaan pada kes ini, siasatan pula perlu mengambil masa kerana memerlukan penelitian terperinci tidak seperti kejadian jenayah yang lain,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan sekumpulan 17 individu yang mendakwa ditipu seorang lelaki menawarkan harga istimewa untuk pembelian jongkong emas pada sidang satu media di sini, kelmarin.

Pada sidang media itu, seorang daripada mangsa mendakwa dia bersama 16 rakannya yang lain ditawarkan harga menarik untuk membeli jongkong emas dianggarkan bernilai kira-kira RM4 juta.

Akibat urusan dibuat tanpa perjanjian hitam putih atau sebarang dokumen pengesahan pembelian ataupun jualan, semua mangsa hanya mampu menggigit jari selepas lelaki itu menghilangkan diri.

Malah, mereka juga gagal menunaikan cek diterima, sebaliknya dimaklumkan kakitangan syarikat kewangan berkenaan bahawa akaun milik lelaki berkenaan sudah ditutup sebelum semua mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Sumber : Harian Metro (30 September 2014)

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment