Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 September 2014


Harga emas menokok semalam berikutan penyusutan nilai dolar selepas komen pegawai Rizab Persekutuan di New York bahawa sebarang kenaikan dalam kadar faedah harus dilaksanakan secara berhati-hati.

Manakala, serangan udara AS menambahkan lagi ketegangan global dan ini meningkatkan minat terhadap aset lebih selamat seperti emas.

Sebarang kenaikan dalam kadar faedah akan memberi kesan kepada pelaburan dalam aset tidak berlandasankan faedah seperti jongkong emas.

Emas semerta menokok 0.8 peratus kepada AS$1,224.90 seauns pada 0943 GMT selepas jatuh dua hari berturut-turut dan mencecah paras terendah sejak 2 Januari pada AS$1,208.36 dalam sesi dagangan sebelumnya.

Dagangan hadapan emas AS naik AS$7.70 kepada AS$1,225.50 seauns.

"Komen Presiden Rizab Persekutuan New York, William Dudley, menyebabkan emas dibuka kukuh dan kemudian berlaku serangan udara di Syria, maka ada beberapa pembelian selamat dan nilai dolar sedikit lemah," kata penganalisis di Societe Generale, Robin Bhar.

"Tetapi ini hanyalah pantulan pembetulan di pasaran terdapat paras rintangan kukuh pada AS$1,230 dan kita perlu membuat pemantauan lanjut untuk mengubah nada bearis itu."

Dolar jatuh 0.4 peratus berbanding beberapa mata wang utama dunia, selepas naik ke paras tertinggi empat tahun pada Isnin sebelum Dudley memberi amaran bahawa kenaikan berkemungkinan menyulitkan lagi tugasan Rizab Persekutuan, berpotensi melemahkan prestasi ekonomi AS dan menolak turun inflasi.

Pasaran saham Eropah jatuh selepas data zon euro menunjukkan aktiviti perniagaan pada kadar lebih lemah daripada jangkaan pada September.

Emas juga meraih kekuatan berikutan pembelian meningkat selepas AS dan beberapa sekutu Arab melancar serangan udara dan peluru berpandu di Syria.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment