Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 September 2014


Harga emas kelihatan bersedia meraih daripada kejatuhan harga tiga minggu, tetapi ia terus di paras bahaya untuk jatuh di paras utama AS$1,200 seauns berikutan pengukuhan nilai dolar AS yang bersedia untuk mencatat kenaikan minggu ke 11.

Emas semerta menokok 0.1 peratus kepada AS$1,223.91 seauns pada 0342 GMT, di landasan untuk menjejaki kenaikan 0.7 peratus minggu ini.

Emas naik 0.5 peratus pada Khamis, melantun daripada paras rendah sembilan bulan AS$1,206.85 yang dicecah dalam sesi dagangan sebelumnya, susulan penjualan ketara saham di AS mendorong pelabur beralih kepada jongkong emas sebagai pelaburan selamat.

Peniaga berkata, harga emas berkemungkinan akan jatuh di bawah AS$1,200 seauns, iaitu paras psikologi utama, yang berupaya mencetuskan jualan lanjutan.

"Pengukuhan dolar mengurangkan minat ke atas emas," kata Ronald Leung, peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.

Saham Asia dijangka mengakhiri minggu ini pada nada suram selepas kejatuhan ketara di Wall Street, manakal dolarditutup kukuh menghampiri paras tertinggi empat tahun yang dicapai dalam sesi dagangan sebelumnya.

"Permintaan fizikal mampu membantu harga emas berlegar di atas paras AS$1,200 tetapi permintaan tidak cukup kukuh untuk menyediakan sokongan," kata Leung.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka lemah minggu ini tetapi mungkin diimbangi oleh permintaan daripada India kerana musim perayaan akan datang, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga Phillip Futures sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata harga emas boleh pergi lebih rendah dengan pengumuman data ekonomi AS minggu ini.

Beliau berkata, kesan yang lebih besar akan datang dari data senarai gaji bukan ladang AS pada Jumaat.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, September 2014 meningkat 16 mata kepada RM128 segram, Oktober 2014 meningkat 21 mata kepada RM128.50 segram, November 2014 melonjak 20 mata kepada RM128.50 segram dan Disember 2014 meningkat 11 mata asas kepada RM128.70 segram.

Jumlah dagangan susut sedikit kepada 1,987 lot bernilai RM25.54 juta pada minggu sebelumnya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment