Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 September 2014


Harga emas berlegar berhampiran paras terendah dalam tempoh tiga bulan semalam apabila dolar Amerika Syarikat (AS) didagangkan pada paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan berikutan satu kajian Rizab Persekutuan (Fed) yang menyebabkan pelabur menilai semula prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi.

Spot emas naik 0.1 peratus kepada AS$1,256.63 seauns pada 1021 GMT. Logam itu ditutup satu peratus pada hari Isnin, selepas mencecah tahap paling rendah sejak 10 Jun pada AS$1,251.24 seauns.

Niaga hadapan emas AS meningkat AS$3.20 seauns kepada AS$1,257.50.

"Terdapat semua sebab mengapa emas harus berada di bawah tekanan, anda mempunyai kekuatan nilai dolar yang tinggi, jangkaan kenaikan kadar faedah AS serta penamatan ketegangan geopolitik," kata penganalisis Citi, David Wilson.

Emas telah meningkat lebih daripada empat peratus sejak awal tahun ini,dibantu oleh penghindaran risiko semasa tempoh ketegangan politik yang tinggi di Ukraine dan Asia Barat serta ketidaktentuan mengenai langkah mengetatkan kitaran kadar faedah AS.

"Emas sedang mencatatkan prestasi lebih baik daripada orang ramai fikirkan kerana pelabur berfikir bahaa kenaikan kadar faedah di AS akan menjadi lebih perlahan daripada yang dijangkakan Fed, tetapi ia akan menjadi lebih lemah untuk emas jika kadar faedah meningkat lebih awal daripada dijangkakan," kata Wilson.

Dolar menghampiri paras tertinggi pada Julai 2013 berbanding dengan sekumpulan mata wang utama, menjejaki kenaikan hasil AS selepas kajian Fed San Francisco mengatakan pelabur meletakkan harga pada trajektori lebih rendah untuk kenaikan kadar faedah berbanding ahli-ahli bank pusat.

Nilai dolar AS yang lebih kukuh membuatkan emas yang diniagakan dalam mata wang asing, manakala pulangan daripada bon AS diteliti rapi oleh pasaran emas, disebabkan logam itu tidak membayar faedah.

"Petunjuk momentum menyerlahkan kadar penurunan yang pantas dan kami mengekalkan jangkaan kami untuk harga emas terus menuju ke arah penurunan ke paras terendah Jun iaitu AS$1,240 seauns," kata penganalisis di Scotia Mocatta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment