Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 September 2014


Harga emas jatuh semalam apabila nilai dolar kembali pulih susulan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberangsangkan meredakan kebimbangan berhubung kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan lebih awal.

Bagaimanapun, harga saham Eropah yang lebih rendah dan perkembangan tidak menentu di Ukraine mengehadkan penurunan harga logam berharga itu.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,266.40 seauns pada 0956 GMT. Harganya jatuh pada paras terendah dalam tiga bulan AS$1,256.90 pada Jumaat, sebelum mendapat sokongan daripada data yang menunjukkan majikan di AS mengambil lebih sedikit pekerja pada Ogos.

Pasaran pekerjaan dilihat petunjuk utama dasar kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) dalam tempoh beberapa bulan akan datang sebelum pembelian bon dijangka berakhir Oktober ini.

Logam berharga itu mendapat manfaat daripada kadar faedah rendah selepas tahun yang mengalami krisis hutang, sekaligus menggalakkan pelabur melabur ke dalam aset tanpa faedah.

Dolar meningkat 0.3 peratus berbanding kumpulan mata wang lain, manakala ekuiti Eropah jatuh selepas tinjauan menunjukkan pertama kali penyokong bebas Scottish dari Britain melakukan kempen referendum.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah semalam, menjejaki kejatuhan pasaran hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin berkata, pasaran hadapan emas di COMEX susut berikutan pengukuhan dolar AS, bagaimanapun kejatuhan itu disekat oleh perkembangan geopolitik yang tidak menentu di Ukraine dan laporan pekerjaan AS yang mengecewakan.

"Jika situasi di Ukraine bertambah buruk ia akan merangsang pasaran emas berikutan logam berharga itu adalah aset selamat.

"Kerugian hari ini (semalam), juga dihadkan oleh data pekerjaan AS yang mengecewakan, menunjukkan majikan AS merekrut paling kurang pekerja dalam lapan bulan, membayangkan ekonomi global yang tidak menentu," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment