Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Zeti Dapat Gred "A" 11 Tahun Berturut-turut


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disenaraikan sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia 2014, iaitu kali ke-11 berturut-turut dalam kaji selidik dijalankan majalah kewangan antarabangsa, Global Finance.

Zeti menerima penarafan gred A oleh majalah yang berpangkalan di New York itu, bersama-sama, enam lagi pemimpin bank pusat dunia lain iaitu dari India, Israel, Filipina, Arab Saudi, Switzerland dan Taiwan.

Kad Laporan Ketua Bank Pusat yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak 1994, memberikan gred kepada gabenor bank pusat di hampir 70 buah negara seluruh dunia dari skala A hingga F, berdasarkan kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

Bank Pusat Dinilai
Gred A mewakili prestasi cemerlang manakala F mewakili kegagalan sepenuhnya.

Tahun ini, sebanyak 17 bank pusat dinilai buat kali pertama.

Global Finance dalam kenyataannya, berkata pemimpin bank pusat sekali lagi berdepan tempoh mencabar dalam menguruskan dasar monetari bagi mempengaruhi secara positif kestabilan ekonomi serta pertumbuhan.

Katanya, ekonomi global sedang berada dalam fasa pemulihan, di sebalik meningkatnya risiko geopolitik dalam sesetengah pasaran.

"Beberapa perubahan yang berlaku dalam kad skor tahun ini mencerminkan cabaran berkenaan.

"Setiap tahun, kami menilai keazaman memimpin bank pusat untuk mengelak campur tangan politik dan usaha mereka untuk mempengaruhi kerajaan masing-masing dalam isu seperti perbelanjaan serta keterbukaan ekonomi sehinggalah kepada pelaburan asing dan perkhidmatan kewangan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment