Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 Mei 2014


Harga emas kekal menghampiri paras AS$1,290 seauns selepas indeks dolar meningkat 0.1 peratus dan laporan industri menunjukkan permintaan emas susut di negara pengguna utama seperti China dan India pada suku pertama.

Spot emas berada pada AS$1,292.40 seauns, sedikit berubah daripada hari sebelumnya, sementara niaga hadapan emas ASuntuk penghantaran Jun susut AS$1 seauns kepada AS$1,292.80.

Majlis Emas Dunia (WGC) berkata permintaan pengguna emas di negara pembeli terbesar dunia, China susut 18 peratus kepada 263.2 tan dengan permintaan bagi jongkong dan syiling emas di negara itu susut 55 peratus pada suku pertama, mengimbangi sebahagian menerusi kenaikan 10 peratus dalam permintaan barang kemas.

Permintaan pengguna India juga susut tetapi hanya suku kepada 190.3 tan, walaupun berlakunya penurunan jualan daripada dana pelaburan berasaskan emas yang menyaksikan permintaan keseluruhan kekal stabil.

"Laporan WGC menjadi fokus hari ini bersama-sama dengan pengukuhan dolar," kata Ole Hansen, ketua penyelidik komoditi di Saxo Bank.

Dagangan emas semalam reda di Asia pada Selasa, kata firma Switzerland, MKS dam satu nota penyelidikan.

Dalam dagangan logam berharga lain, spot perak meningkat 0.1 peratus kepada AS$19.34 seauns, sementara spot palladium naik 0.8 peratus kepada AS$819.15 seauns.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam, menjejaki kelemahan harga emas di New York Commodity Exchange (COMEX) yang kekal di bawah AS$1,300 seauns, kata seorang peniaga.

"Kami percaya emas Bursa dipengaruhi oleh kekurangan petunjuk baru bagi melonjakkan harga," kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Azim Faris Abd Rahim.

Beliau berkata, harga dijangka berada dalam dagangan jajaran kecil esok apabila peserta pasaran masih menunggu hala tuju pasaran yang jelas.

Bulan semasa Mei 2014, Jun 2014, Julai 2014 dan Ogos 2014 susut sembilan mata setiap satu, masing-masing kepada RM133.70, RM134.10, RM134.35 dan RM134.45 segram.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment