Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Mei 2014


Emas kembali pulih pada hari Isnin selepas jatuh kepada paras terendah minggu lalu, dipacu peningkatan permintaan pelaburan selamat susulan ketegangan geopolitik di Ukraine.

Spot emas berubah sedikit kepada AS$1,289.60 seauns pada 0655 GMT, selepas jatuh kepada paras rendah seminggu iaitu AS$1,279.60 sebelum ini susulan kelemahan mata wang euro.

Euro susut lebih satu peratus sejak Khamis apabila Bank Pusat Eropah (ECB) berkata ia bersedia mengambil langkah mengemas kini merrit unjuran inflasi bulan depan.

pengukuhan dolar menjadikan emas lebih mahal kepada pemegang mata wang lain.

Emas dilihat menjadi pelaburan selamat ketika ketidaktentuan ekonomi dan politik.

"Harga emas adalah baik ketika ini," kata Victor Thianpiriya, penganalisis di ANZ, sambil menambah perkembangan di Ukraine kemungkinan tidak cukup untuk meningkatkan harga emas secara mendadak.

Penganalisis INTL FCStone, Edward Meir berkata, pelabur seolah-olah semakin tidak memperdulikan krisis, mungkin berpendapat senario buruk tidak menjejaskan.

"Lebih banyak krisis kekal setempat, lebih banyak tekanan untuk meningkatkan harga emas," jelas Meir.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam menjejaki kenaikan semalaman di pasaran emas New York's Commodity Exchange (Comex).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee berkata, ketegangan politik di Ukraine dan kelemahan dolar AS meningkatkan harga emas.

Bulan semasa, Mei 2014 dan Jun 2014 naik 11 mata masing-masing kepada RM134.70 segram dan RM134.95 segram.

Julai 2014 dan Ogos 2014 kekal tidak berubah pada RM135.20 segram dan RM135.30 segram.

Kepentingan terbuka turun kepada 3,683 kontrak daripada 4,040 kontrak pada Jumaat dan jumlah dagangan susut kepada 718 lot bernilai RM9.68 juta daripada 856 lot bernilai RM11.4 juta pada Jumaat.

Emas fizikal meningkat 68 sen kepada RM130.09 segram. Pasaran tempatan akan ditutup hari ini sempena cuti Hari Wesak. - REUTERS/BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment