Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 Mei 2014

Harga emas kekal kukuh pada Jumaat, disokong ketegangan politik di Ukraine, dengan pelabur meninjau aliran dana dan permintaan fizikal Asia bagi mendapatkan petanda masa depan.

Namun, logam berkenaan dalam landasan untuk mencatat penurunan mingguan kedua berturut-turut selepas data AS kukuh sekaligus menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu semakin pulih, menyokong pendirian Rizab Persekutuan untuk mengekalkan pengurangan dasar monetari.

"Orang ramai tidak begitu berminat untuk memasuki pasaran ketika ini," kata Ronald Leung, ketua peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.


"Ketika ini, situasi di Ukraine menyokong harga namun data yang diperoleh dar AS menunjukkan pengukuhan berterusan yang mana ia akan membuatkan pelabur menjauhi pasaran dan ia menjejaskan harga," tambahnya.

Spot emas berubah sedikit kepada AS$1,290.25 seauns pada 0641 GMT. Logam berharga itu susut 0.7 peratus minggu ini, iaitu penurunan mingguan ketika berturut-turut.

Data pada Khamis menunjukkan bilangan rakyat Amerika mengfailkan tuntutan baharu bagi manfaat pengangguran yang susut melebihi jangkaan minggu lalu.

Emas kerap dilihat sebagai pelaburan selamat ketika situasi ekonomi dan geopolitik tidak menentu.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin kekal tidak menentu minggu depan menjelang pungutan suara krisis Ukraine Ahad ini, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata jika bekas soviet itu berperang, harga logam berkenaan dijangka melambung.

Menurutnya, masih ada permintaan tinggi untuk emas, bagaimanapun data pekerjaan AS yang lebih baik akan menyebabkan harganya menurun.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Mei 2014 susut RM0.75 atau 15 mata kepada RM134.15 segram, Jun 2014 turun RM0.95 atau 19 mata kepada RM134.40 segram, Julai 2014 dan Ogos 2014 merosot RM0.90 atau 18 mata tiap satu masing-masing kepada RM134.65 dan RM134.75 segram - BERNAMA/REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment