Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Platform Akaun Pelaburan



"IAP alternatif baharu usahawan raih modal teroka"  

Raeed Holdings Sdn Bhd, konsortium enam institusi perbankan Islam negara, melancarkan Investment Account Platform (IAP) sebagai platform alternatif baharu untuk usahawan meraih dana teroka daripada pelabur tempatan dan antarabangsa.

Menerusi platform teknologi kewangan (fintech) pengantara bank pertama dunia itu, Raeed menyasarkan kerjasama nilai dana teroka disenarai di IAP setahun mencecah antara RM200 hingga RM300 juta dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Raeed adalah konsortium disertai Affin Islamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Maybank Islamic Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd dan Bank Simpanan Nasional.

Pengerusi Raeed, Datuk Zamani Abdul Ghani, berkata IAP adalah platform yang menjadikan institusi kewangan Islam sebagai pengantara menguruskan pelaburan langsung milik individu atau institusi untuk membiayai projek pelaburan berpotensi.

Menerusinya, beliau berkata, usahawan akan menikmati sumber dana membiayai projek pada kadar pembiayaan berdaya saing dalam kalangan bank yang menyertainya serta kepakaran bank menstruktur pembiayaan menepati kehendak pelabur.

Pilih pelaburan berpotensi  
“Pelabur pula berpeluang meraih pulangan menarik daripada produk akaun pelaburan (IA) yang ditawarkan pihak bank untuk membiayai projek pelaburan berpotensi terbabit, ketelusan memahami risiko dan manfaat menyertai industri yang memiliki pertumbuhan tinggi.

“Sejajar pertumbuhan permintaan aset pelaburan berlandaskan syariah, inisiatif ini dapat digunakan sebagai kelas pelaburan berpotensi baharu untuk pelabur institusi, selain saluran pengurusan geran di bawah agensi berkaitan kerajaan," katanya pada majlis pelancaran IAP di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dan Ketua Eksekutif IAP Integrated Sdn Bhd, Mohamed Izam Mohamed Yusuf.

IAP menyediakan dana minimum RM500,000, dengan struktur pembiayaan berasaskan hutang, agihan ekuiti atau kedua-duanya sekali dengan tempoh sehingga lima tahun atau melebihi lima tahun dengan nasihat institusi kewangan Islam.

RAM terbabit  
Mengulas lanjut, Zamani berkata agensi penarafan RAM turut terbabit sebagai pihak berkecuali yang memberikan penarafan terhadap projek pelaburan yang disenaraikan di IAP bagi memastikan ketelusan dan meningkatkan keyakinan pelabur.

“Ciri unik IAP adalah tanggungjawab yang dipikul institusi perbankan Islam sebagai pengantara yang dipercayai dan memiliki kewibawaan melonjakkan keyakinan pelabur untuk melakukan pelaburan dan menguruskan pulangan.

"Ini akan meningkatkan peluang usahawan memuktamadkan pembiayaan dan menyediakan akses lebih besar kepada pembiayaan projek berpotensi tinggi,” katanya.

Sumber : Berita Harian (18 Febuari 2016)
Tulisan : Mahanum Abdul Aziz & Che Wan Badrul Amin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment