Kota Bharu: Tiga hari lalu sepasang suami isteri di Gua Musang tampil membuat laporan polis mengenai deposit pelaburan berjumlah RM50,000 yang lebur gara-gara skim pelaburan koperasi didakwa menipu.
Namun, ada pula peniaga wanita di bandar sama berdepan keadaan serupa yakin keuntungan pelaburannya akan diberikan tidak lama lagi.
Dia yang berusia 28 tahun dan mahu dikenali Suraya, berkata, adat melabur perlu berani mencuba dan menanggung risiko.
Dia sendiri sudah melabur wang simpanan RMS0,000 untuk pelaburan koperasi itu didakwa berurus niaga dalam bidang hartanah dan forex sejak enam bulan lalu.
“Dalam tempoh dua bulan pertama, saya menerima dua kali keuntungan RM20,000. Ia juga hasil daripada saya mempelawa 10 rakan yang membuat pelaburan serendah RM350 hingga RM10,000.
“Bagaimanapun, selepas itu tidak menerima keuntungan beberapa bulan, saya masih sabar menunggu kerana tahu ia sebahagian daripada proses pelaburan
“Lagipun, saya menyertai lebih lima pelaburan lain yang masing-masing memberi keuntungan berganda,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Sebagai pelabur tegar, Suraya mendakwa rugi ribuan ringgit adalah asam garam dunia pelaburan, malah mendakwa syarikat disertai berkemampuan.
Dia mengakui sebelum ini pernah ditipu syarikat pelaburan tertentu, namun tidak serik dan tidak tampil mengambil tindakan undang-undang kerana enggan memberi kesan kepada wang dilaburkannya.
“Setiap kali melabur, saya berharap wang modal saya dapat semula bersama imbuhannya. Sama juga pelaburan dengan syarikat tetapi takut untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu wang hangus,” katanya yang turut menjadi ejen syarikat itu yang mengutip wang pelaburan pelabur lain.
Dakwanya, pelabur di bawahnya tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku kerana mereka juga pelabur tegar dan pernah ditipu sebelum ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri dari FELDA Perasu, Gua Musang kerugian RM50,000 selepas membuat pelaburan koperasi yang mendakwa menjalankan pelaburan hartanah dan forex.
Mereka membuat pelaburan itu Oktober tahun lalu, namun tidak mendapat laba keuntungan seperti yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.
Sumber : Harian Metro (18 Febuari 2016)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment