"Identiti suspek menyamar wanita dikenal pasti menerusi rakaman CCTV kedai"
Marang - Kecekapan polis berjaya menahan seorang lelaki menyamar sebagai wanita dan mencuri sedulang barang kemas bernilai RM200,000 dari sebuah kedai emas di Bukit Payong, di sini, sehari selepas kejadian.
Suspek berusia 35 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan di rumah sewanya di Kampung Rhu Dua, jam 11.30 malam kelmarin, selepas polis mengenal pasti identitinya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai.
Dalam rakaman itu, dia dilihat datang ke kedai itu pada jam 4.30 petang Rabu lalu untuk menjual cincin, tetapi sebenarnya meninjau persekitaran dan mengintai peluang untuk merompak.
Pada jam 4.30 petang Sabtu, dia datang sekali lagi memasuki kedai tidak berkunci itu dan mencapai sedulang barang kemas dari luar jeriji meja pameran sebelum melarikan diri ketika isteri pemilik kedai menunaikan solat Asar di ruang belakang kedai.
Rakaman CCTV kejadian sebelum ini menjadi viral dalam media sosial, selain dilaporkan oleh media cetak dan laman web semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata polis yang meneliti rakaman CCTV itu menghantar pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marang untuk menyerbu rumah sewa suspek.
Katanya, suspek mengakui menyamar dengan memakai pakaian wanita lengkap bertudung merah jambu bagi mengaburi pihak berkuasa.
Sorok emas dalam kusut, beg
“Polis menemui beberapa utas barangan kemas atas sebuah toto dan satu beg berwarna coklat tergantung pada penyidai kain mengandungi beberapa utas barangan kemas.
“Suspek mengaku menyorok beberapa barangan kemas di beberapa tempat termasuk dalam kasut dan beg di rumahnya yang keseluruhan dianggarkan RM80,000,” katanya semalam.
Wan Abd Aziz berkata, dia mengaku masuk ke kedai tidak berkunci itu dan melarikan sedulang barang kemas.
"Suspek yang datang menaiki motosikal yang mengaku berhenti di sebuah stesen minyak untuk menyalin pakaian dan membuka tudung yang dipakainya dan tudung serta resit jualan barangan kemas dicuri di rumahnya," katanya.
Siasatan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan morfin serta berada di negeri ini kerana menjalani perintah sekatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 atas kesalahan dadah.
Suspek ditahan reman 14 hari bermula semalam bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.
Sumber : Berita Harian (05 Januari 2015)
Tulisan : Hanneeyzah Bariah Baharin
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment