Harga emas kukuh pada hari Khamis lalu, namun mengakhiri 2015, 10 peratus lebih rendah, sekali gus mencatatkan kejatuhan tahunan kali ketiga berturut-turut.
Ia juga memasuki tahun baharu yang mencabar di tengah-tengah prospek peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan dolar AS.
Kontrak hadapan AS bagi penghantaran Februari ditutup pada paras AS$1,060.20 seaun pada Khamis lalu.
Kontrak semasa emas jatuh 0.2 peratus pada paras AS$1,061.40 seaun pada 1:57 pm EDT (1857 GMT), pada dagangan terakhir 2015. Jumlah dagangan sedikit menjelang cuti tahun baharu pada Jumat lalu.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka meneruskan aliran menurun minggu ini.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata pihaknya menjangkakan harga emas rendah pada minggu ini berikutan kebimbangan mengenai harga minyak mentah yang diunjur terus lemah.
Bagi asas perbandingan Rabu hingga Khamis, kontrak Disember 2015 susut 39 mata kepada RM146.65 segram, manakala Januari 2016, Februari 2016 dan Mac 2016 merosot 42 mata kepada RM146.65, RM146.75 dan RM147.00 segram.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 211 lot bernilai RM3.11 juta daripada 282 lot bernilai RM4.2 juta, minggu sebelumnya
Kepentingan terbuka pada Khamis meningkat kepada 1,364 kontrak daripada 1,279 kontrak, sebelum Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum tahun baharu.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment