Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita emas - 06 Disember 2015



Emas meningkat lebih dua peratus kepada paras tertinggi sejak hampir tiga minggu pada Jumaat selepas laporan pembayaran gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS), yang mana dilihat kemungkinan besar Rizab Persekutuan AS (Fed AS) menaikkan kadar faedah bulan ini.

Pembayaran gaji bukan ladang meningkat 211,000 pada November, kata Jabatan Buruh AS.

Perangkaan September dan Oktober disemak semula yang menunjukkan lebih 35,000 pekerjaan berbanding sebelum ini.

Kontrak semasa emas meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada paras tertingginya sejak 16 November lalu kepada AS$1,088.70 seaun dan naik dua peratus kepada AS$1,082.96 seaun pada 224 pm EST (1924 GMT).

Logam lain, kontrak semasa palladium meningkat 7.1 peratus kepada AS$572.70 seaun, perak meningkat 2.8 peratus kepada AS$14.47 seaun dan platinum meningkat 4.3 peratus kepada AS$878.89 seaun. 

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mengukuh minggu ini menjelang mesyuarat Fed AS pada 15 dan 16 Disember ini, kata Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chan Pek Man.

“Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan emas di pasaran tempatan terus mencatat kerugian bagi minggu keenam berturut-turut berikutan pelabur bersedia untuk kenaikan kadar faedah AS pada Disember.

Dari Jumaat ke Jumaat, Disember 2015 jatuh 68 mata kepada RM142 segram, Januari 2016 susut 67 mata kepada RM142.35 segram, Februari 2016 turun 71 mata pada RM142.90 segram dan Mac 2016 kekal pada RM142.90 segram.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 460 lot bernilai RM6.64 juta daripada 564 lot bernilai RM8.21 juta.

Kepentingan terbuka susut 381 kontrak daripada 1,314 kontrak sebelum ini.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment