Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 Mei 2014


Harga emas meningkat semalam disebabkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mendapat sokongan monetari daripada Rizab Persekutuan (Fed) tetapi keuntungan berada pada tahap sederhana kerana pegangan dalam dana diniagakan bersandarkan emas jatuh paling teruk dalam tiga minggu ke paras paling rendah dalam lima tahun.

Hasil mesyuarat lewat April, Fed yang dikeluarkan kelmarin telah mententeramkan pelabur bahawa dasar Fed akan terus menyokong ekonomi.

Monit mesyuarat menunjukkan pembuat dasar membincangkan strategi keluar daripada dasar monetari yang sangat longgar. Namun, mereka juga membuat ketetapan jelas bahawa  Fed tidak memberi isyarat ia sudah berseedia untuk 'menormalkan' atau menaikkan lagi kadar faedah pada bila-bila masa tidak lama lagi.

Peningkatan kecairan bank pusat dan persekitaran kadar faedah yang rendah telah menjadi faktor penting membantu keuntungan emas pada tahun sebelumnya.

Spot emas menokok 0.3 peratus kepada AS$1,295.30 seauns pada 1017 GMT, selepas ditutup antara AS$1,291 dan AS$1,296 untuk lima sesi dagangan yang lalu. Niaga hadapan emas AS meningkat 0.6 peratus kepada AS$1,295.90 seauns.

Pelabur juga mengintai data AS yang akan dikeluarkan di kemudian hari dan pilihan raya Parlimen Kesatuan Eropah untuk berehat dari jalur dagangan sempit sejak beberapa sesi lalu dengan harga tidak dapat ditutup di atas AS$1,300 atau di bawah AS$1,290 seauns.

"Julat dagangan bagi bulan ini setakatini dari segi peraturan adalah yang paling sempit untuk sekurang-kurangnya 10 tahun kerana kurangnya minat pembeli."

"Jelas sekali kita mempunyai pilihan raya Eropah dan jika kita mempunyai beberapa kelemahan euro pada Isnin yang berpotensi membawa kita ke bawah melalui sokongan di AS$1,280," kata Ketua Strategi Komoditi Saxo Bank, Ole Hansen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment