Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Adlin - Saya Kena Perangkap



"Adlin nafi terbabit dengan sindiket skim cepat kaya, penipuan projek pembinaan lebuh raya"

Petaling Jaya : "Saya rasa seperti diperangkap, dieksploitasi, dipergunakan dan dikambing hitamkan pihak terbabit," kata pelakon Adlin Aman Ramli, 44, menafikan terbabit dengan sindiket skim cepat kaya dan penipuan projek pembinaan lebuh raya seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Rabu lalu, pelakon terbabit ditahan polis di kediamannya di Taman TAR, Ampang Jaya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Berikutan itu pelbagai spekulasi dilontarkan pengguna internet yang mengaitkan pelawak berkenaan. Bagi menjernihkan situasi, Adlin mengadakan sidang media di Sri Pentas, di sini semalam yang turut dihadiri wartawan Harian Metro.

WARTAWAN: Apa kaitan sebenar anda dengan sebuah syarikat skim cepat kaya seperti dilaporkan media?  

Adlin : Saya percaya ada pihak cuba mengaitkan saya dengan kes ini. Ini kerana sejak empat tahun lalu, saya aktif dalam perniagaan rangkaian sama ada dalam bentuk produk, pelaburan sah dan juga tidak sah.

Dari situ, saya mengenali ramai pihak yang terbabit dalam perniagaan berkenaan dan juga kerap menghadiri acara anjuran mereka sebagai artis undangan. Selain itu, saya juga terbabit dalam memberi seminar perniagaan rangkaian serta ceramah motivasi kepada komuniti.

Jadi, gambar saya banyak digunakan pihak yang terbabit dalam perniagaan ini dan secara tidak langsung nama saya turut terkait.

Mengenai syarikat pelaburan haram yang dikatakan berkait dengan saya, pada Oktober lalu saya memang ada mengikuti beberapa aktiviti anjuran sebagai pakar motivasi. Bagaimanapun, saya tidak mempromosikan produk syarikat terbabit.

Oleh itu, saya tidak menafikan memang mengenali kewujudan syarikat berkenaan termasuk pengasasnya. Disebabkan itu, saya diminta polis untuk membantu memberi keterangan berhubung sindiket berkenaan.

Saya berharap maklumat yang diberikan boleh membantu polis menyelesaikan kes ini dan akan terus memberi kerjasama demi menumpaskan sindiket terbabit.

Biasalah artis akan terkait dengan kes seperti ini, tak sangka saya sendiri turut terkena. Pengalaman ini memberi pengajaran kepada saya agar akan lebih berhati-hati ketika menerima undangan program selepas ini.

Berdasarkan laporan media, saya turut dikaitkan dengan penipuan ahli perniagaan Korea membabitkan projek pembinaan lebuh raya dengan menyamar sebagai Datuk Yazid seperti didakwa disebabkan itu, saya tidak ditahan reman sebaliknya hanya disoal siasat.

WARTAWAN : Adakah anda diperangkap?  

Adlin : Secara peribadi saya rasa seperti diperangkap, dieksploitasi, dipergunakan dan dikambinghitamkan pihak terbabit. Sekarang, saya hanya membantu polis dalam siasatan dan akan memberi kerjasama sekiranya diperlukan sebagai saksi.

WARTAWAN: Adakah anda mempunyai jawatan ataupun pernah menerima imbuhan daripada pelaburan syarikat berkenaan?  

ADLIN: Pelaburan memang tidak sebab saya tidak mengeluarkan wang. Saya cuma hadir sebagai tetamu undangan acara syarikat berkenaan dan tidak pernah terbabit dalam aktiviti mempromosikan produk pelaburan. Sehingga ini, belum ada laporan mangsa yang mengaitkan saya dcngan pelaburan haram itu. Selepas ‘mastermind‘ (perancang) sindiket ditangkap di Kelantan sebelum ini, saya mula tidak involve (terbabit) dengan syarikat berkenaan.

WARTAWAN: Jadi ini bermaksud anda memang tidak pernah terbabit dalam skim pelaburan hartanah syarikat itu?  

Adlin : Ya. Memang tiada laporan daripada mangsa penipuan terhadap . Namun, saya tahu siapa perangkap saya dan cuma tahu nama saya dikaitkan dengan pelaburan haram ini. Oleh itu, polis meminta bantuan untuk kes ini dan mengecam suspek.

Sumber : Harian Metro (25 Julai 2016)
Tulisan : Michelle Gun


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment