Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Diperdaya Jadi Keldai Akaun Jualan Cadar Atas Talian



Kuala Lumpur: Seorang penjawat awam yang mendakwa diperdaya hingga menjadi keldai akaun untuk penipuanjualan cadar secara atas talian, mendedahkan dibayar antara RM30 hingga RM50 bagi setiap transaksi menerusi akaunnya.

Wanita berusia 23 tahun terbabit, mendakwa menerima tawaran itu selepas menghubungi nombor telefon tertera dalam ruangan komen sesawang sosial Facebook mengenai tawaran kerja dari rumah sebelum dihubungi semula menerusi aplikasi WhatsApp pada 20 Februari lalu.

Penjawat awam itu mendakwa, tugasnya hanya memindahkan pembayaran yang diterima menerusi akaunnya kepada akaun pihak ketiga yang juga seorang wamta.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan wang yang masuk ke akaunnya ialah RM77,943 iaitu dari 24 Februari hingga 28 Februari lalu.

“Wang terbabit kemudian dipindahkan kepada akaun seorang wanita menerusi 20 pindahan menerusi perbankan internet dan mesin deposit.

Upah RM870
“Jumlah pindahan tidak termasuk RM870 yang dikira sebagai upah sebelum saya melakukan transaksi berkenaan kerana sudah diminta mengambil terlebih dahulu bahagian terbabit,” katanya.

BH baru-baru ini, mendedahkan sekurang-kurangnya 80 individu menjadi mangsa penipuan cadar murah yang ditawarkan menerusi Facebook (FB) oleh sindiket menyebabkan kerugian lebih RM80,000 dalam tempohnsembilan hari.

Dalang penipuan itu dipercayai menggunakan dua akaun sebagai perantaraan atau keldai untuk transaksi bayaran tempahan bagi pembelian lebih 2,000 set cadar dibuat semua mangsa.

Penjawat awam itu mendakwa, ia menyedari diperdaya apabila wanita terbabit tidak lagi dapat dihubungi selepas semua wang berkenaan dipindahkan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment