Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 3 Minit Kaut RM1 Juta



"Lima lelaki bersenjata api serbu kedai emas di Ipoh"  

Ipoh : Lima lelaki bersenjata kan dua pucuk pistol disyaki menyamun kedai emas di Jalan Sultan Iskandar, di sini, semalam dan melarikan barang kemas dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dalam tempoh kurang tiga minit.

Dalam kejadian jam 2.59 petang, kelima-lima penyamun yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh dan menaiki motosikal, menyerbu masuk ke dalam kedai emas berkenaan sebelum seorang daripadanya mengacukan pistol kepada pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah lpoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika kejadian, terdapat sembilan pekerla di premis itu termasuk seorang pengawal keselamatan, selain tiada pelanggan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dua daripada penjenayah terbabit mem punyai senjata api, namun tiada tembakan dilepaskan dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera.

"Sebaik kelima lima suspek menyerbu masuk, seorang yang mempunyai senjata api mengacukannya kepada pengawal manakala empat yang lain termasuk seorang lagi yang turut mempunyai pistol berlari ke arah pekerja di ruang pameran barang kemas.

“Penjenayah terbabit kemudian mengarahkan beberapa pekerja memunggah barang kemas ke dalam beg sebelum beredar dan kejadian berlaku dalam masa tidak sampai tiga," katanya ketika ditemui di lokasi keiadian semalam.

Sum berkata, setakat ini, jumlah sebenar kerugian belum dapat dipastikan, namun menurut pemilik kedai emas terbabit, semua barang kemas yang berada di premis berkenaan dianggarkan RM1 juta.

"Berdasarkan siasatan, hampir 75 peratus barang kemas di kedai itu dilarikan kelima lima penjenayah berkenaan.

“Premis berkenaan turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), namun tiada penggera keselamatan selain pengawal juga tidak mempunyai seniata api," katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai menaiki lebih daripada dua motosikal, namun berdasarkan rakaman CCTV, hanya dua motosikal yang diletakkan di hadapan kedai.

“Kita juga masih menyiasat sama ada senjata api yang digunakan adalah palsu atau sebaliknya dan menurut keterangan saksi, kumpulan penjenayah terbabit menggunakan bahasa Kantonis, namun masih belum dapat dipastikan mereka warga tempatan atau asing.

“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata api,” katanya.

Sumber : Harian Metro (17 Mac 2016)
Tulisan : Muhammad Apendy Issahak


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment