Kuala Lumpur : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesan 21,074 pemilik akaun bank bersekongkol dengan menjadi perantara atau keldai pemindahan wang mangsa jenayah siber di negara ini.
Akaun mereka disyaki terbabit dalam lima bentuk penipuan sepanjang tiga tahun lalu, meliputi pembelian atas talian (e-Commerce); penipuan warga Afrika (419 Scam); pemindahan internet bank (phishing); pemintasan e-mel (hacking) dan penyamaran (Macau Scam).
Timbalan Pengarah JSJK (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata kegiatan itu menyebabkan mangsa kerugian lebih RM170 juta sepanjang tahun lalu, berbanding RM155 juta pada 2014.
“Keldai akaun ini ditawarkan upah antara satu hingga tiga peratus dari jumlah transaksi dibuat. Ada yang membuka akaun dengan upah dan terus menyerahkan kad ATM atau buku akaun serta kata laluan kepada sindiket.
“Dalang sindiket menggunakan maklumat peribadi pemilik akaun seperti alamat, nombor MyKad dan alamat untuk memperdaya mangsa lain.
Ada kes pemilik akaun ditahan setakat ini, didapati membenarkan akaunnya digunakan beberapa sindiket penipuan atas talian yang berbeza.
“Apabila ditanya, mereka memberi alasan tidak tahu terbabit dengan kegiatan berkenaan. Kenyataan itu tidak munasabah apabila mereka sedikit pun tidak curiga apabila sejumlah wang banyak keluar masuk dalam akaun sendiri,” katanya kepada BH.
Berhadapan isu perundang perbankan
Mohd Kamarudm mengakui, pada masa sama polis berhadapan isu perundangan mengenai perbankan, yang mewajibkan pihak pendakwaan membuktikan wang dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.
Katanya, pembuktian amat sukar dibuat kerana mesti dibuktikan duit dibayar kepada siapa dan untuk apa, menyebabkan meskipun banyak tangkapan tetapi kurang pertuduhan yang dilakukan.
“Isu ini boleh ditangani dengan memperketatkan syarat, secara menetapkan setiap pemilik akaun, tidak boleh membenarkan akaunnya digunakan sesiapa sebagaimana fungsi dokumen pengenalan diri MyKad.
“Jika berlaku salah guna dan penyelewengan akaun bank, pemilik boleh dikenakan tindakan tanpa perlu pembuktian lain.
“Pada ketika ini, orang ramai tidak berdepan terma mewajibkan mereka menjaga akaun dan data peribadi perbankan masing-masing daripada digunakan atau diseleweng pihak lain,” katanya.
Mohd Kamarudin berkata, meskipun berdepan kekangan, tahun ini JSJK menggempur secara besar-besaran bagi mengesan setiap pemilik akaun yang dibuka atas nama sendiri atau syarikat yang kemudian digunakan sindiket untuk menjana wang secara haram.
Beliau berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak bank agar satu kerjasama rasmi dibentuk bagi membolehkan mereka wajib melaporkan segera kepada polis, jika ada aliran keluar masuk melebihi RM50,000.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment