Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

KAPB Sasar Tarik 100,000 Ahli Baru



"Permohonan boleh dibuat di cawangan Bank Rakyat, Rakyat Xcess"  

Koperasi Amanah Pelaburan Bhd (KAPB) menyasar kira-kira 100,000 ahli baharu mendaftar dengan saiz dana sebanyak RM500 juta menjelang akhir tahun ini.

Ketika ini, KAPB mempunyai kira-kira 10,000 ahli dengan jumlah saiz dana RM100 juta.

Yakin capai sasaran
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ilyas Mohamed, yakin sasaran dapat dicapai dengan memanfaatkan cawangan Bank Rakyat di seluruh negara dalam usaha meningkat dan memudahkan proses permohonan ahli baharu.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan Bumiputera yang berpendapatan kurang RM300,000 setahun, sekali gus dapat membantu memperbaiki kedudukan kewangan mereka.

“Sebelum ini, pendaftaran ahli baharu hanya dilakukan di ibu negara, namun dengan kerjasama ini, mereka yang layak boleh memohon di 148 cawangan Bank Rakyat dan 16 cawangan Rakyat Xcess di seluruh negara," katanya pada sidang media di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Abdul Aziz Zainal serta Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak.

Dividen 15 peratus  
Pada majlis itu, Ilyas turut mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus ber jumlah RM2 juta kepada 10,000 ahli KAPB, yang mula dibayar minggu depan.

Ilyas berkata, KAPB akan mengekalkan pelaburan dalam bidang automotif, perlombongan, pasaran kewangan dalam dan luar negara serta pelaburan hartanah melalui Amanah Pelaburan Hartanah (REITs). 

Katanya, konsep pelaburan direka bagi menjana keuntungan yang optimum supaya ahli dapat menikmati pulangan tinggi dan meneruskan tradisi membayar dividen melebihi 10 peratus setiap tahun.

Lepasi sasaran keuntungan
"Dengan barisan pengurusan berpengalaman, kita berjaya melepasi keuntungan seperti disasarkan pada tahun lalu, walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar," katanya.  

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, kerjasama itu akan memberi manfaat kepada Bank Rakyat dengan peningkatan jumlah pelanggan.  

“Pelanggan yang ingin menjadi ahli boleh membuat permohonan keahlian dan membuka Akaun Simpanan-i Bank Rakyat di seluruh negara," katanya.  

Beliau turut menjangkakan pertumbuhan pinjaman bank itu meningkat antara lima hingga tujuh peratus, walaupun dalam persekitaran ekonomi agak perlahan.  

Sumber : Berita Harian (10 Mac 2016)  
Tulisan : Norakmah Mat Youb & Nurul Nadira Shaari


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment