"Beijing tetap pertahan unjuran pertumbuhan 6.5 peratus"
Ekonomi China tidak menuju kepada kemelesetan dan tidak akan menjejaskan ekonomi global, kata seorang perancang ekonomi utamanya semalam.
Bagaimanapun, ketidaktentuan dan ketidakstabilan ekonomi global memberi ancaman risiko kepada pertumbuhan negara itu.
China pada hujung minggu lalu mengakui ia berhadapan cabaran getir, namun berkata negara itu bersedia mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 6.5 peratus untuk lima tahun akan datang, sambil berusaha keras untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan menstruktur semula perusahaan milik negara.
“China sudah pasti tidak mengalami kemelesetan,” kata Ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembangunan Negara (NDRC), Xu Shaoshi, kepada pemberita pada satu taklimat.
“Ramalan berlakunya kemelesetan tidak akan menjadi kenyataan.”
Ekonomi China berkembang 6.9 peratus pada 2015. Walaupun kadar itu adalah paling perlahan dalam tempoh suku dekad, pertumbuhan negara itu secara relatifnya masih lagi pantas berbanding ekonomi utama lain, kata Beijing.
China menetapkan sasaran pertumbuhan antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus tahun ini.
Topik perbincangan utama
Tahap kedudukan ekonomi kedua terbesar dunia dan keupayaan Beijing untuk menguruskannya adalah topik perbincangan utama mesyuarat menteri kewangan dan pemimpin bank pusat G20 di Shanghai, bulan lalu.
Perdana Menteri, Li Keqiang berkata China yakin untuk menangani kesukaran di dalam dan luar negara sambil meneruskan usaha pembaharuan.
“Secara umumnya, saya merasakan prestasi ekonomi China kekal dalam lingkungan wajar (sejak 2015),” kata Shaoshi, sambil menambah ekonomi China tidak sepatutnya dilihat dari perspektif tradisi.
“Pertama, kita sepatutnya melihat dari sudut bahawa ekonomi sedang memasuki tempoh 'normal baharu',” katanya merujuk kepada peralihan kadar pertumbuhan dan enjin pertumbuhan ekonomi berubah ke arah perkhidmatan daripada pelaburan.
Menjelang sesi Parlimen, Beijing berhadapan kerugian besar dalam industri arang batu dan keluli.
Bagaimanapun, rancangan untuk mengurangkan lebihan kapasiti industri dijangka tidak akan menyebabkan pem- berhentian pekerja secara besar-besaran, kata Shaoshi.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment