Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus kerana ia kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.
“Keadaan kewangan domestik keseluruhan secara relatifnya kekal stabil sejak mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang lalu, ” kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan di sini, semalam.
Sistem kewangan terus kukuh dengan institusi kewangan beroperasi dengan penampan mudah tunai yang mencukupi, manakala pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta juga kekal teguh. Kali terakhir OPR dinaikkan adalah pada 10 lulai 2014, sebanyak 25 mata asas.
“Operasi monetari BNM terus memastikan terdapat mudah tunai yang mencukupi untuk menyokong pasaran wang dan pasaran pertukaran asing berfungsi dengan teratur.” katanya.
Bagaimanapun, MPC menyedari bahawa terdapat risiko tinggi dalam persekitaran ekonomi dan kewangan global selain sedang memantau dengan rapi serta menilai implikasinya terhadap kestabilan harga dan pertumbuhan dalam negeri.
"Ini bagi memastikan pendirian dasar monetari adalah konsisten dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan," kata bank pusat itu.
BNM juga berkata, ekonomi malaysia dijangka berkembang pada kadar lebih sederhana pada 2016 selepas mencatat pertumbuhan sebanyak 5.0 peratus tahun lalu dengan permintaan dalam negeri diunjurkan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.
Bagi 2016, inflasi dijangka lebih tinggi berbanding 2015, berikutan pelarasan terhadap harga ditadbir dan kadar pertukaran ringgit yang lebih lemah.
Kesan daripada faktor kos ini, bagaimanapun, dijangka diimbangi oleh harga tenaga dan komoditi yang terus rendah serta inflasi global yang pada amnya lemah.
Berikutan itu, momentum inflasi dijangka lebih perlahan daripada jangkaan awal.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment