Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 04 Mac 2016



Emas meningkat lebih rendah semalam, tetapi tidak jauh dari paras tertinggi 13 bulan yang dicapai dalam sesi sebelumnya apabila dolar yang lebih lemah dan pembelian teknikal memberikan emas hari terbaiknya dalam tempoh dua minggu.

Pelabur mengintai data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang dijadual dikeluarkan lewat semalam, yang bacaan kuat untuk Februari akan menyekat keuntungan seterusnya untuk logam berharga itu, yang kini meningkat sehingga hampir 19 peratus tahun ini dan antara komoditi yang mencatat prestasi terbaik.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,260.76 seaun pada 0601 GMT, selepas mencatat kenaikan sebanyak 2.2 peratus ke pada AS$1,267.06 pada Khamis, paras paling kukuhnya sejak 6 Februari 2015. Ia mencatat kenaikan 3.2 peratus minggu ini.  

“Penurunan harga emas dijangka selepas pembelian teknikal mendadak semalaman,” kata Daniel Ang, penganalisis pelaburan di Phillip Futures di Singapura.  

Ang berkata, penurunan sederhana menunjukkan "momentum kenaikan harga adalah sangat kuat pada masa ini".  

Senarai gaji bukan ladang AS dianggarkan meningkat sebanyak 190,000 bulan lalu selepas meningkat sebanyak 151,000 pada Januari, menurut tinjauan pendapat ahli ekonomi Reuters.  

“Terdapat momentum menaik yang ketara dalam pasaran emas dan ia akan mengambil beberapa pekte aan yang ketara positif untuk menjejaskan kenaikan secara serius,” kata penganalisis HSBC, James Steel dalam satu nota.  

Mencerminkan keyakinan yang berterusan dalam emas, pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, terus meningkat kepada 25.51 juta aun kelmarin, paras tertinggi baharu sejak September 2014.  

Emas AS bagi penghantaran April meningkat 0.3 peratus kepada AS$ 1,262.20 seaun.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment