Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN PELABURAN : Kerani Rugi RM80,000 Ditipu Rakan



Kuala Lumpur - Seorang kerani berusia 40 tahun kerugian hampir RM80,000 selepas ditipu rakannya yang menawarkan perkongsian perniagaan emas dan bijih timah.

Wanita terbabit diperdaya rakannya berusia 32 tahun yang menjanjikan komisen bulanan lumayan sehingga sanggup menyerahkan barang kemas sebagai modal permulaan.

Sumber polis berkata, wanita itu bekerja di bahagian perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di ibu kota mengenali rakannya itu sejak empat tahun lalu.

Katanya, wanita terbabit mula dipelawa menjadi rakan kongsi perniagaan emas dan bijih timah pada Ogos 2013 dengan komisen sebanyak 10 peratus setiap bulan.

“Wanita terbabit menyerahkan barang kemas miliknya seperti gelang, rantai dan cincin untuk digadaikan sebagai modal permulaan dan dia diberi komisen sebanyak RM700 sebulan.

“Hujung tahun lalu, wanita terbabit menyerahkan lagi barang kemasnya dan dia turut menandatangani perjanjian perkongsian perniagaan namun dokumen itu tidak diberikan kepada mangsa,” katanya.

Katanya, menyedari diperdayakan, mangsa tampil membuat laporan polis.

“Polis kini mengesan rakan wanita berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment