Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sijil Jantan Miang


Kuala Lumpur - Perlu bayar RM20,000 untuk mendapatkan sijil kontrak dan lesen menjadi pelacur lelaki bertauliah. Itu adalah taktik digunakan sindiket untuk memperdayakan ramai penuntut lelaki institusi pengajian tempatan.

kebanyakan mangsa dijanjikan bayaran lumayan semahal RM4,000 bagi setiap pelanggan wanita yang disediakan sindiket.

Bagaimanapun setiap lelaki yang mahukan jawatan itu perlu membayar yuran khas diminta sindiket sebelum mereka diperkenalkan kepada wanita kaya berstatus janda ataupun datin.

Bayaran dikenakan itu didakwa digunakan untuk kos insurans, duti setem, guaman dan yuran pentadbiran sebelum mangsa dibenarkan untuk mendapatkan pelanggan.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jia, 21, berkata, dia tertarik menghubungi agensi itu selepas melihat iklan di laman web.

Dia dijanjikan pendapatan lumayan dengan hanya perlu tidur bersama pelanggan wanita.

"Saya sangat tertarik. Walaupun tidak mempunyai modal, tetapi saya nekad meminjam wang daripada ahli keluarga dan rakan," katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Aduan Awam MCA di Jalan ampang di sini, semalam.

Bagaimanapun, dia menyedari ditipu apabila dia diminta membayar tambahan RM4,900 untuk yuran mengaktifkan akaun sebagai gigolo bertauliah.

Sementara itu, Ketua Biro aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya percaya ramai lagi mangsa dalam kalangan penuntut pengajian tinggi yang menjadi mangsa sindiket.

Katanya, mana-mana individu yang tertipu oleh sindiket ini diminta tampil untuk mendapatkan bantuan.

"Kita bersedia membantu mereka selain mencari bukti kukuh bagi membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan," tegasnya.

Sumber : Harian Metro (09 Julai 2015)
Tulisan : Fardy Bungga


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment