Johor Bahru - Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan cop pasport jabatan itu yang didalangi seorang wanita tempatan bergelar 'Mak Aji' dalam serbuan di sebuah rumah di Damansara Alif, dekat sini.
Dalam serbuan pada jam 10 malam kelmarin, wanita berusia 56 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki warganegara Indonesia berstatus Penduduk Tetap (PR) berusia 53 tahun menerusi Ops Serkap.
Ketua Pengarah lmigresen, Datuk Mustafa Ibrahim, berkata sebanyak 70 cop palsu jabatan itu dirampas iaitu 48 cop palsu keluar masuk Singapura dan Malaysia, manakala 22 lagi cop keluar masuk Indonesia, Filipina serta Vietnam.
Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM30,000 yang disimpan dalam peti besi serta RM7,500 dan S$725 dalam sebuah beg tangan, selain beberapa pasport Sri Lanka serta Indonesia.
“Kami menjumpai pelbagai jenis cop getah pas lawatan yang disyaki palsu disembunyikan atas siling kaca di rumah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika, di sini, semalam.
Yang turut hadir, Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor, Jasmi Juwahir.
Dikenakan bayaran
Mustafa berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak enam tahun lalu yang mengenakan bayaran sebanyak RM100 untuk satu cop pemalsuan pasport dengan kebanyakan pelanggan mereka bekerja di tapak projek pembinaan dan pusat hiburan.
Beliau berkata, kejayaan Ops Serkap itu adalah yang terbesar setakat ini dan pihaknya yakin dapat membongkar lebih banyak kegiatan pemalsuan cop imigresen dan pasport hasil maklumat risikan.
“Kami yakin sindiket seperti ini tidak hanya wujud di Johor, malah kita sedang meningkatkan risikan di negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak serta Sabah dan sarawak bagi menjejaki seterusnya menumpaskan kegiatan itu," katanya.
Tulisan : Zuraidah Mohamed
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment