Kuala Lumpur - Kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi tahun 2014, adalah sebanyak 4.25 peratus.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, ketika mengumumkan kadar dividen itu, berkata ia membabitkan agihan dana sebanyak RM50.56 juta kepada kira-kira dua juta pemegang akaun SSPN-i di seluruh negara.
Kadar dividen tinggi
Beliau berkata, kadar itu lebih tinggi berbanding kadar faedah yang kepada pemegang akaun simpanan kebanyakan institusi kewangan tempatan.
“Bayaran dividen yang tinggi ini, diharap dapat menjadikan SSPN-i lebih berdaya saing dan menarik lebih banyak pembukaan akaun serta penambahan deposit oleh pemegang akaun sedia ada.
“Dividen pada kadar 4.25 peratus ini juga membuktikan SSPN-i adalah di antara skim simpanan yang terbaik dalam negara,” katanya selepas Majlis Pelancaran Cabutan Hadiah SSPN-i 2015, di sini, semalam.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Idris berkata, sejak SSPN-i diperkenalkan mulai 2004, prestasi menabung dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.
“Sehingga 2.8 Februari lalu, SSPN-i mencatatkan jumlah 2.2 juta pemegang akaun dengan kadar keseluruhan deposit sebanyak RM1.6 bilion,” katanya.
Galak rancang kewangan
“Produk simpanan di bawah PTPTN ini, adalah skim simpanan yang menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan yang rapi khususnya untuk tujuan pendidikan tinggi anak-anak di masa depan,” katanya.
Beliau berkata, menerusi tabungan dalam SSPN-i, keluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah layak mendapat geran sepadan sehingga RM10,000 apabila anak berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT), selain menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM6,000 setahun.
Katanya, menerusi pelepasan taksiran cukai pendapatan itu dan kadar dividen yang diberikan, pemegang akaun SSPN-i mendapat keuntungan sehingga hampir 30 peratus.
Tulisan : Fitri Nizam & A'nul Mardhiyyah Mohamad Sabri
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment